Sultan Ibrahim Status Agama Illi Najwa

Wanita Kahwini Kapten Hoki India Nafi Murtad, Sultan Johor Mahu Status Agama Disahkan

Perkahwinan seorang wanita warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Illi Najwa Saddique bersama Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini.

Majlis resepsi yang berlangsung pada awal Disember lalu di India tular di media sosial dan telah mencetuskan kemusykilan orang ramai di Malaysia apabila mendapati beberapa gambar perkahwinan mereka berjalan dalam upacara Punjabi.

Manpreet mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Susulan daripada kekecohan itu, wanita terbabit memohohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan suami.

Tidak tukar agama

Menurut sumber, Illi Najwa mengatakan suaminya telah pun memeluk Islam sejak tahun lalu dan mengakui namanya tidak pernah ditukar.

Katanya, dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah dan sijil nikahnya akan diperoleh tidak lama lagi.

Mereka juga dikatakan telah bernikah dengan cara Islam pada 16 Disember dalam satu majlis tertutup.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” katanya.

Sultan Ibrahim Status Agama Illi Najwa

Video majlis resepsi yang tular kerana mencetuskan pelbagai persoalan mengenai status agamanya itu katanya ia berlaku di luar kawalan.

Illi dan pasangan tidak minta perkahwinannya dirakam kerana sedar dengan isu sensitiviti yang bakal dihadapi mereka.

Bagaimanapun, rakaman tersebut telah didedahkan oleh media di India dan mereka tidak gembira dengan apa yang berlaku.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet. Saya turut memohon maaf kepada keluarga yang telah diheret sama dalam isu ini.”

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.”

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil pihak berkuasa setelah kembali ke negara ini.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita tersebut.

Baginda bertegas mahu keabsahan agama wanita itu disahkan melalui ahli keluarganya di sini dan menerusi maklumat daripada kedutaan Malaysia di India.

Baginda turut menitipkan nasihat kepada wanita terbabit supaya memastikan segala tindakan atau keputusan dibuat, mendapat restu ibu bapa dan tidak melanggar norma agama Islam.

BACA: Kerap Mimpi Sebagai Penceramah Agama, Pemuda Cina Ini Nekad Peluk Islam

Sumber: BH, PNBBC