Pernah Tular Dengan Kisah Curi 1 Sen, Penggodam Dedah Sistem Bank Malaysia Jenis ‘Copy & Paste’ 2

Dikenali Dengan Kisah Curi 1 Sen, Aman Shah Dedah Sistem Bank Malaysia Mudah Digodam Sebab ‘Copy & Paste’

Pada tahun 1990, negara pernah digemparkan dengan kes kecurian 1 sen oleh seorang eksekutif bank sehingga menyebabkan beliau sehingga ke hari ini dikenali sebagai ‘pencuri 1 sen’.

BACA: ‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya

Pernah mendedahkan akan menerbitkan sebuah buku mengenai kesalahan jenayahnya, Aman Shah, 54 tahun yang baru-baru ini tampil membuat kemunculan khas di media Utusan Malaysia telah menarik perhatian ramai.

Pernah Tular Dengan Kisah Curi 1 Sen, Penggodam Dedah Sistem Bank Malaysia Jenis ‘Copy & Paste’
Sumber: Utusan Malaysia

Dalam temu bual tersebut, beliau yang merupakan bekas penggodam yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mendakwa sesetengah sistem yang digunakan beberapa bank di Malaysia adalah tidak selamat kerana hanya salin dan tampal daripada sistem terdahulu.

Menggelarkan sistem yang digunakan kini adalah cucu kepada sistem terdahulu, Aman Shah menjelaskan keadaan ini akan mewujudkan terlalu banyak kelemahan yang membolehkan penggodam dengan mudah melakukan kerja-kerja mereka sehingga menyebabkan risiko kehilangan wang pendeposit.

‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya 4
Aman Shah ketika muda. Sumber: Illuminasi

Menyeru supaya pihak bank membangunkan satu sistem keselamatan yang sepatutnya dilakukan pakar IT yang mempunyai merit dan bukannya mereka yang dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak, bagi membuktikan kata-katanya Aman Shah dengan yakin berkata:

“Kamu bagi saya laptop sekarang, esok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja.”

Kesilapan paling ketara yang beliau bongkarkan ada pada sistem perbankan sekarang adalah ‘menjimatkan kos’ sehingga menggunakan open source.

Kesannya jika pendeposit tidak percaya pada sistem perbankan, mereka akan mengeluarkan wang secara besar-besaran dan akhirnya menyebabkan kelumpuhan pada ekonomi negara.