Kononnya Buang Toksin Dalam Badan, Ini Sebab Kenapa Detox Pad Sebenarnya ‘Scam’

Kononnya Buang Toksin Dalam Badan, Ini Sebab Kenapa Detox Pad Sebenarnya ‘Scam’

Pada satu ketika dahulu, detox pad amat popular sebagai salah satu produk yang kononnya efektif bagi membuang toksin daripada badan menerusi tapak kaki.

Cara penggunaannya cukup mudah, lekatkan pad pada tapak kaki semasa tidur pada waktu malam dan sepanjang tempoh tersebut segala toksin logam berat contohnya merkuri dan plumbum akan diserap oleh pad. Hasilnya pad yang pada awalnya berwarna putih akan bertukar kepada hitam.

Kononnya Buang Toksin Dalam Badan, Ini Sebab Kenapa Detox Pad Sebenarnya ‘Scam’ 1

Tahukah anda ianya adalah satu scam dan ramai yang mempercayainya?

Untuk pengetahuan anda, bahan yang selalu diletakkan pada detox pad adalah bamboo vinegar dan wood vinegar yang tinggi dengan kandungan phenol – kompaun yang menyerap air. Jika diletakkan pada udara biasa untuk beberapa ketika, kompaun berkenaan akan melekit kerana menyerap air daripada udara.

Disebabkan dalam pad tersebut juga ada kandungan seperti daun teh yang boleh bertukar warna hitam apabila menjadi basah, kombinasinya dalam pad akan memudahkan ia menyerap kelembapan udara dan bertukar menjadi gelap.

Kononnya Buang Toksin Dalam Badan, Ini Sebab Kenapa Detox Pad Sebenarnya ‘Scam’ 2

Secara klinikal, tiada data yang menunjukkan bahawa detox pad membantu dalam kesihatan badan sehinggakan di Amerika Syarikat, ianya telah dipulaukan kerana tiada bukti produk tersebut mampu mengeluarkan toksin daripada badan.

Sumber: Root of Science