Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat 1

Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat

Sebut sahaja Malaysia, pastinya antara perkataan yang sinonim dengannya ialah syurga makanan sehingga pada tahun 2015 data menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah negara paling gemuk di Aisa.

Dalam dua orang dewasa, seorang daripadanya akan mempunyai berat badan berlebihan atau obes dengan jangkaan populasi untuk berat badan berlebihan adalah sebanyak 33% dan obesiti 18%.

BACA: Semakin Ramai Warga Dunia Alami Obesiti Menjelang 2025

Di media sosial, semakin banyak perkongsian mengenai cara  menurunkan berat badan dengan cepat. Namun tahukah anda, turun berat sehingga 2kg dalam tempoh seminggu adalah sesuatu yang terlebih dan tidak sihat?

Menurut pegawai pemakanan sukan Program FitMalaysia X, Noor Kamsina Aziz, kadar penurunan berat badan yang ideal untuk seminggu adalah antara 500g hingga 1kg sahaja.

Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat

Jika penurunan berlaku secara mendadak sehingga 2kg setiap minggu, ianya dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan menurunkan kadar metabolisme badan.

Namun pada peringkat awal, penurunan berat badan 2kg seminggu adalah normal kerana kemungkinan disebabkan oleh berat air. Namun jika ia konsisten setiap minggu, ia jatuh dalam kategori terlebih dan tidak sihat biarpun nampak badan semakin kurus.

Semakin Ramai Warga Dunia Obesiti Menjelang 2025 1
Sumber: The Guardian

Kesannya:

  • membahayakan kesihatan
  • mengganggu metabolisme
  • mellambatkan proses pemulihan otot selepas senaman
  • badan cepat penat
  • emosi dan mental terganggu

Kata beliau, yang penting individu itu seronok melihat kemajuan yang berlaku pada badan dan bukannya memaksa diri untuk melihat pada angka berat badan.

Untuk memastikan badan kekal bertenaga biarpun terpaksa kurangkan kuantiti makanan, individu perlu memastikan pengambilan kalori adalah mencukupi dan seimbang mengikut keperluan badan masing-masing supaya defisit kalori boleh berlaku menerusi tiga bahagian utama makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat.

Jadi untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, jangan terlampau ghairah mahu kurus dengan cepat sehingga menyebabkan kesihatan badan terabai.