Tidur 3 jam kualiti 9 jam

Bagaimana Tidur 3 Jam Tapi Mendapat Kualiti Seperti Tidur 9 Jam

Tidur adalah proses istirahat bagi semua hidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia.

Tidur membenarkan organ manusia berehat selepas melakukan pelbagai kerja di siang hari.

Rata-rata manusia menghabiskan 36 peratus waktu dalam hidupnya untuk tidur.

BACA: Mengapa Boleh Wujudnya ‘Hari Tidur Sedunia’?

Ramai pakar mengatakan, individu normal dewasa memerlukan kira-kira enam hingga lapan jam waktu tidur dan kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama untuk proses tumbesaran.

Walhal, sebenarnya kita hanya memerlukan tidur selama 3 jam sahaja untuk badan kembali berasa cergas.

Bagaimana tidur 3 jam boleh mendapatkan kualiti sama seperti tidur 9 jam?

Berikut merupakan perkongsian seorang pengguna Facebook, Roslin Raselip yang dinukilkan oleh Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic bahawa dalam sehari kita hanya memerlukan tidur selama 3 jam sahaja.

“Saya cuba, saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

“Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

“Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya ‘tanpa rela’ sering tertidur pada pukul 9 malam, seterusnya secara automatik, sekitar jam 2 pagi saya pasti akan terjaga.

“Biji mata saya segar lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin saya tanpa mengantuk! Saya pelik!.

“Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal. Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.”

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat. Hanya cukup dengan tidur selama 3 jam sahaja.

Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman sekarang ini kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dan bangun jam 2 pagi, itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat.

Seseorang itu boleh dapat 80 peratus daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini.

Waktu ini juga terdapat ‘baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur 3 jam kualiti 9 jam

Tidur 12.00 malam – 2.00 pagi

Waktu ini terdapat 20 peratus waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80 peratus adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Tidur 2.00 pagi – 5.00 pagi

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur siang – fajr

Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari fajr hingga terbitnya matahari

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.

Bagi mereka yang solat Subuh dan duduk mengingati Allah, pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan melatonin oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun.

Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat alzheimer dan permulaan dementia, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Maka, 3 jam adalah 9 jam tidur. Sebab itu ramai yang bangun tersedar pukul 1 pagi kerana badan sudah rasa cergas sepenuhnya umpama telefon kita yang dicaj 100 peratus.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dakwah Channel