Papan Iklan Unsur Lucah Dirobohkan, Ramai Masih Tak Tahu Saluran Betul Untuk Memohon 3

Papan Iklan Unsur Lucah Dirobohkan, Ramai Masih Tak Tahu Saluran Betul Untuk Memohon

Baru-baru isu papan iklan di kawasan tepi lebuh raya yang mengandungi unsur lucah menjadi perhatian ramai selepas disuarakan oleh seorang aktivis yang lebih dikenali dengan nama Akhi Fairuz.

Dengan menggunakan perkataan yang mengandungi maksud tersirat (double meaning), iklan-iklan yang gah terpapar di kawasan tepi lebuh raya sebenarnya lebih banyak bawa mudarat kepada masyarakat jika tidak dikawan.

Papan Iklan Unsur Lucah Dirobohkan, Ramai Masih Tak Tahu Saluran Betul Untuk Memohon 2
Sumber: Kamarul Ariffin
Papan Iklan Unsur Lucah Dirobohkan, Ramai Masih Tak Tahu Saluran Betul Untuk Memohon 1
Sumber: Kamarul Ariffin

Selepas tular, akhirnya salah satu papan iklan lucah di laluan keluar selepas tol Gombak dirobohkan bukan sahaja kerana mengandungi unsur tersebut tetapi juga kerana didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Papan Iklan Unsur Lucah Dirobohkan, Ramai Masih Tak Tahu Saluran Betul Untuk Memohon
Sumber: Akhi Fairuz

Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak tahu, untuk mendirikan papan iklan di kawasan tepi lebuh raya, adalah penting untuk mereka mendapatkan kelulusan daripada beberapa pihak penting termasuklah Kementerian Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP).

Jika anda melawat laman web Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), ada tatacara yang perlu anda ikut sebelum mendirikan paparan iklan di dalam rezab Jalan Persekutuan atau lebuh raya.

Proses permohonan naikkan papan iklan di lebuh raya

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang PI-1/KKR atau Borang PI-1/LLM. Borang permohonan hendaklah dilengkapkan bersamasama tiga (3) salinan pelan lokasi, gambar lokasi, pelan lakaran struktur iklan serta bayaran fi pemprosesan seperti di Jadual 1;
  2. Satu lawatan tapak perlu diadakan oleh pemohon bersama pihak JKR/LLM bagi mengenalpasti lokasi sebenar yang dipohon;
  3. Sekiranya terdapat kes di mana permohonan mendirikan struktur paparan iklan melibatkan pihak ketiga (cth: Majlis Daerah, Pejabat Daerah, dsb.) yang juga merupakan agensi berkuasa ke atas jalan tersebut, maka pemohon dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu dengan agensi tersebut. Surat ulasan atau pandangan daripada pihak ketiga perlu dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya semasa permohonan dibuat. Syarat dan ulasan pihak ketiga hendaklah diambilkira semasa memberi
    tawaran kepada pemohon;
  4. Kementerian Kerja Raya akan mengeluarkan Surat Tawaran untuk memaklumkan pemohon yang berjaya bagi mengemukakan Borang PI-1A/ KKR atau Borang PI-1A/LLM bersama-sama dengan Borang PI-2/JKR atau Borang PI-2/LLM berserta bukti pembayaran seperti berikut dalam
    tempoh 1 bulan kepada KKR/LLM daripada tarikh Surat Tawaran:-
    a) Bayaran Caj Sewaan;
    b) Wang Cagaran dalam bentuk Jaminan Bank; dan
    c) Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Insurance).
  5. Surat Kelulusan akan dikeluarkan setelah perkara di Para (iv) dipenuhi. Setelah diluluskan, pemohon bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan-keperluan berikut namun boleh melalui DBP terlebih dahulu untuk semakan penggunaan bahasa Melayu yang betul bagi memudahkan proses permohonan.
    a) Mendapatkan lesen daripada PBT; dan
    b) Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) / Pejabat Tanah Daerah.
  6. Pemohon juga perlu mengemukakan Perakuan Pelan Struktur dan Rekabentuk Terperinci (Borang PI-2/KKR) yang disahkan oleh Jurutera Profesional kepada KKR/LLM sebelum mendirikan struktur paparan iklan yang diluluskan;
  7. Pemohon yang berjaya akan diberi tempoh 2 bulan (kecuali struktur jenis Gantri yang diberi masa 3 bulan) dari tarikh surat kelulusan bagi mendirikan struktur paparan iklan. Pemohon juga perlu mendapatkan kebenaran permit kerja daripada LLM/JKR sebelum pembinaan dijalankan. Selepas struktur paparan iklan berkenaan didirikan, pemohon dikehendaki
    mengemukakan Borang PI-2A/KKR atau PI-2A/LLM bagi mendapatkan sijil kelayakan struktur paparan iklan dalam tempoh 14 hari. Satu sijil kelayakan struktur paparan iklan akan dikeluarkan oleh JKR/LLM jika struktur tersebut
    mengikut spesifikasi dan syarat;
  8. Kementerian Kerja Raya berhak menentukan tempoh kelulusan mengikut jenis struktur paparan iklan yang dipohon dan dirasakan bersesuaian;
  9. Tempoh kelulusan dan caj sewaan akan berkuatkuasa pada tarikh Sijil Kelayakan Struktur Paparan Iklan dikeluarkan atau selepas 2 bulan (3 bulan untuk jenis Gantri) dari tarikh Surat Kelulusan dikeluarkan, berdasarkan mana yang lebih awal. Jika pemohon gagal mendirikan struktur paparan iklan dalam tempoh 12 bulan selepas Surat Kelulusan, maka kelulusan yang diberikan akan ditarik balik; dan
  10. Sekiranya pihak pemohon masih belum memperolehi permit pengiklanan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh Surat Kelulusan KKR, maka pihak pemohon hendaklah mengemukakan rayuan bagi mendapatkan lanjutan
    masa (bagi penguatkuasaan tempoh kelulusan bermula) dengan mengemukakan sebab-sebab yang munasabah.

Sebelum ini, isu papan iklan elektronik yang memaparkan perkhidmatan ‘sugar daddy’ di sekitar kawasan Kuala Lumpur mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

BACA: Terkejut Papan Iklan ‘Sugar Daddy’ Di Sekitar Kuala Lumpur, Siapa Yang Benarkan?