
Wajibkan Pekerja Solat 5 Waktu Dan Tutup Aurat, Keprihatinan Bos Cina ini Dipuji
Di Malaysia, kepelbagaian kaum, agama dan budaya menjadi Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Menjadi salah satu tarikan pelancongan, kepelbagaian ini tidak dijadikan alasan untuk tidak menghormati antara satu sama lain.
Seperti yang berlaku di Kelantan, pemilik Link Holders Packaging menjadi sebutan rakyat Malaysia apabila beliau sebagai seorang bukan Muslim tetap memastikan kebajikan pekerja Muslimnya terjaga.

Bukan sahaja mewajibkan semua pekerjanya untuk solat lima waktu, Gan Leong Piow, 72 tahun turut memastikan semua pekerja wanitanya menutup aurat, berpuasa sepanjang bulan Ramadan dan mematuhi ajaran agama Islam.
“Tak boleh tinggalkan. Sembahyang paling mustahak, you kena pergi sembahyang. Saya akan tunggu, itu benda wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing.”
Biarpun ada permintaan daripada kaum lain yang mahu bekerja dengannya, namun prinsip yang dipegang sejak berniaga 42 tahun lalu menyebabkan kesemua pekerjanya yang berjumlah 55 hanya terdiri daripada pekerja Melayu sahaja.
Petah menggunakan loghat Kelantan, beliau mesra digelar Hani Ghani dalam kalangan rakan-rakannya dan Uncle dalam kalangan pekerja.

Sekiranya ada peerja yang mahu menunaikan umrah, Gan pasti akan menyumbangkan 50% daripada kos keseluruhan.
“Memang saya tidak pernah sampai ke Makkah, namun duit saya sentiasa sampai di sana.”
Setiap tahun, pasti imam dan pelajar tahfiz untuk melakukan solat hajat namun disebabkan keadaan negara yang sedang memerangi pandemik COVID-19, hasrat ini terpaksa ditangguhkan
Di kilang yang mengusahakan perusahaan pembungkusan minyak masak dan gula itu turut disediakan bilik khas lelaki dan perempuan untuk memudahkan urusan pekerjanya menunaikan solat.
Trending now



