Kisah Twitter Killer Jepun

Dijatuhi Hukuman Mati, Kisah Lelaki Digelar ‘Twitter Killer’ Yang Pernah Gemparkan Jepun

Kisah Lelaki Digelar ‘Twitter Killer’ Yang Pernah Gemparkan Jepun

Memancing mangsa dengan menggunakan media sosial, lelaki yang berusia 30 tahun menggemparkan Jepun apabila membunuh sembilan kenalan Twitter pada 2017.

Takahiro Shiraishi digelar ‘Twitter killer’ mengaku bersalah atas pembunuhan yang dilakukan pada bula Oktober 2017 dengan mengatakan tuduhan terhadapnya semua benar.

Semua mangsa adalah wanita muda yang mana tiga daripadanya berusia bawah 17 tahun dan selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai bagaimana bunuh diri boleh dibincangkan melalui atas talian.

Jepun pula sebuah negara yang sudah terkenal dengan kadar kes bunuh diri antara yang tertinggi di dunia.

BACA: Hutan Aokigahara, ‘Hentian Terakhir’ Sebahagian Masyarakat Jepun

Mangsa mempunyai satu persamaan – secara terbuka menyuarakan hasrat untuk mati dalam ciapan Twitter.

Shiraishi menggunakan Twitter untuk bertemu dengan wanita-wanita yang ingin membunuh diri dan mengundang mereka ke rumahnya.

Dia mengatakan kepada mangsanya bahawa dia boleh membantu mereka untuk membunuh diri malah ada juga dalam beberapa kes, dia juga bersetuju untuk bunuh diri bersama mereka.

Namun apa yang Shiraishi buat adalah menyembelih dan mengerat badan mangsa dengan beberapa bahagian dan kemudian menyimpannya dalam peti-peti sejuk.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh sembilan mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain di kediaman kecilnya yang terletak di bandar Zama, tidak jauh dari Tokyo.

Kisah Twitter Killer Jepun

Berlaku perdebatan di mahkamah.

Pihak pendakwa menjatuhkan hukuman mati kepada Shiraishi yang mengaku salah atas tindakan membunuh dengan kejam terhadap mangsa.

Namun, peguam Shiraishi berpendat bahawa anak guamnya harus menerima hukuman penjara sahaja bukannya hukuman mati.

Menurut peguamnya, mangsa Shiraishi yang rata-rata wanita memang mempunyai keinginan untuk mati, sebelum dibunuh oleh orang yang menawarkan perkhidmatan membunuh mereka.

Walaubagaimanapun, mahkamah Jepun tidak terpengaruh dengan hujah peguam Shiraishi dan menjatuhkan hukuman mati kepada kliennya itu.

Hujah tersebut dianggap tidak masuk akal kerana Shiraishi mencari mangsa yang dalam tekanan dan depresi yang mana mereka hilang pertimbangan.

Shiraishi sepatutnya membantu secara moral bukannya mengambil kesempatan untuk melaksanakan keinginan sadistiknya dengan melepaskan kepuasan dirinya dengan membunuh orang.

Kisah Twitter Killer Jepun

“Tidak ada seorang pun dari sembilan mangsa yang ingin mati. Termasuk membuat perjanjian secara sembunyi-sembunyi,” kata hakim.

Shiraishi kemudian mempertikaikan hal tersebut dan mengatakan bahawa dia membunuh tanpa persetujuan mereka.

Shiraishi menjelaskan niat sebenar membunuh kesemua mangsa bukanlah untuk membantu mangsa seperti apa yang dikatakan kepada mangsanya tetapi kerana mahukan wang untuk menampung kos sara hidupnya.

Bapa kepada salah seorang mangsa berkata bahawa dia tidak akan pernah memaafkan perbuatan Shiraishi walaupun bakal berdepan hukuman mati.

Impak daripada kes tersebut mendorong perubahan dalam peraturan Twitter yang mana pengguna tidak boleh ‘mempromosikan atau mendorong seseorang membunuh diri atau mencederakan diri sendiri’.

Sumber: BBC