Dihadiri Lebih 80,000 Jemaah, Solat Jumaat Ini Lakar Sejarah Yang Terpanjang Di Dunia

Solat Jumaat Termegah Di Bawah Pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh Dihadiri Lebih 80,000 Jemaah

Solat Jumaat merupakan solat fardu dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor yang dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah khas Jumaat.

Hukumnya wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat tertentu, tahukah anda mengenai sejarah solat Jumaat terbesar dan terpanjang sekali di dunia?

Berlaku pada 23 Mac 1453 semasa penaklukan Kota Constantinople, Sultan Mehmet II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih telah berangkat ke Edirne bersama 80,000 tenteranya termasuklah para ulama, syeikh dan habib.

BACA: Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh Lebih Besar Daripada Saiz Kepala Dan Mukanya

Berangkat pada hari Jumaat, baginda dengan sengaja telah memilik untuk meningkatkan kesucian serangan dan sebelum serangan terhadap Kota Constantinople dilakukan, kesemua angkatan mengerjakan solat Jumaat terlebih dahulu di hadapan benteng Constantinople dengan jarak sekitar 1.5km.

Dihadiri Lebih 80,000 Jemaah, Solat Jumaat Ini Lakar Sejarah Yang Terpanjang Di Dunia 1
Tembok Kota Constantinople.

Dalam buku The Seconds of the Fall of Constantinople into Muslim Hands mencatatkan ianya adalah solat Jumaat yang terhebat dengan barisan saf jemaah sepanjang 4km dari Pantai Marmara ke Selat Tanduk Emas di Utara.

Dipimpin Sultan Muhammad al-Fateh yang pada ketika itu baru berusia 23 tahun, Kota Constantinople akhirnya dijatuhkan oleh Empayar Uthmaniyyah.

Gereja terbesar Kota Constantinople, Hagia Sophia diubah suai menjadi sebuah masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan segala barangan yang mempunyai unsur agama Kristian seperti loceng dan altar telah dibuang dan digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bagunan.

85 Tahun Pegang Status Muzium, Mungkinkah Hagia Sophia Akan Dijadikan Sebagai Masjid Semula
Sumber: Hagia Sophia

Sehingga tahun 1935, Selepas hampir/lebih 500 tahun Aya Sophia berstatus dan menjalankan fungsi sebagai masjid utama di Turki, kerajaan Turki telah menukarkannya menjadi sebuah muzium yang boleh diakses semua penganut agama.

BACA: Ramai Pihak Kecewa Hagia Sophia Ditukar Status, Tapi Ramai Tak Tahu Sejarah Disebalik Ia Sebagai Masjid

Namun selepas 85 tahun 12 Julai 2020 menjadi  detik sejarah bukan sahaja kepada negara Turki, malah kepada seluruh umat Islam apabila Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia, satu daripada keajaiban seni bina dunia dibuka semula sebagai masjid.