Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik 2

Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik

Ditempatkan di lokasi yang terdedah kepada ribut monsun ganas dan berpotensi membawa maut, kehidupan pelarian Rohingya yang ditempatkan di sebuah pulau terpencil di Bangladesh adalah serba daif.

BACA: Pelarian Rohingya Dakwa Dipukul Penyeludup, Terpaksa Minum Air Kencing Sendiri Untuk Terus Hidup

Menurut laporan media antarabangsa AFP, pihak yang terlibat dalam pemerdagangan pelarian Rohingya ini menjanjikan harapan kepada pelarian untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik – berkesempatan meneruskan pengajian dan keluar dari kemiskinan.

Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik 1

Namun itu hanyalah sekadar janji. Semasa berada di atas bot, mereka didera dan dipukul sehingga ada antaranya yang menjadi korban.

Disebabkan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara makmur, rata-rata daripada pelarian Rohingya ini berharap agar mereka dapat memasuki Malaysia untuk peluang kehidupan yang lebih baik.

Sedangkan jika sampai di Malaysia. status pelarian menyebabkan mereka tidak boleh bekerja menyebabkan ramailah yang akan bekerja secara haram di tapak pembinaan dengan gaji yang rendah.

Bagi memudahkan proses, mereka akan menggunakan khidmat yang ditawarkan pihak pemerdagangan ini yang mana nilai untuk satu bot yang dipenuhi 1,000 orang pelarian boleh mencecah sehingga USD3 juta (RM12.17 juta).

Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik 1

Kononnya boleh sampai dalam masa seminggu, perjalanan jarak kasar 4,000km ini sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Itu pun bergantung kepada siapa yang mampu bertahan kerana bekalanan makanan yang kurang.

Ada juga pelarian yang ditahan, dipukul dan cuma dibebaskan selepas kaum keluarga membayar pampasan yang diminta.

Menurut Ketua Bahagian Jenayah Aceh, modus operandi yang sistem di Indonesia melibatkan nelayan akan menggunakan taktik  kononnya menyelamatkan mereka, sedangkan ianya memang merupakan jenayah terancang bagi mengelakkan kawalan sempadan lebih ketat di Malaysia.

BACA: Isu Pelarian Rohingya: Jangan Sampai Tragedi Pulau Bidong, Terengganu Berulang

Sistem operasi pemerdagangan yang bernilai jutaan dolar ini bukannya dirancang orang luar tetapi oleh orang Rohingya sendiri yang merasakan tindakan tersebut sebagai satu ‘kesejahteraan masyarakat’ dan bukannya kejahatan.