‘Kembar’ Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Jenayah Sosial 3

‘Kembar’ Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Jenayah Sosial Dan Moral

Seorang wanita pernah digelar sebagai kembar Angelina Jolie kerana wajahnya yang iras dengan bintang tersebut.

Seorang wanita yang juga bintang Instagram di Iran, Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar ditahan dan dikatakan sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan jenayah sosial dan moral menerusi aktiviti-aktiviti di media sosial.

Baru berusia 19 tahun, pengikut Instagram Sahar kini menghampiri 500,000 ribu selepas beliau memuat naik gambar wajahnya selepas menjalani pembedahan yang hampir menyerupai bintang Holllywood, Angelina Jolie.

‘Kembar’ Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Jenayah Sosial 2

Dituduh menggunakan cara yang salah untuk mempengaruhi anak muda dan tidak menghormati Iran sebagai negara Islam, Sahar ditahan bersama tiga lagi individu yang memiliki pengaruh di Instagram.

BACA: 5 Jenis Trend Pembedahan Plastik Popular

Selain daripada menghadapi hukuman penjara antara tiga bulan ke dua tahun kerana suntingan gambar berlebihan, Sahar turut menjalani hukuman di atas kesalahan mendorong para belia melakukan rasuah, memperoleh pendapatan dengan cara tidak sesuai, menghina agama dan menghasut ke arah keganasan.

‘Kembar’ Angelina Jolie Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Jenayah Sosial 1

Menurut peguam, Tabar, ibu Sahar dikatakan menangis setiap hari sejak daripada anaknya ditahan pada Ogos 2019 untuk membebaskan anaknya yang tidak bersalah dan menyeru suara Angelina Jolie untuk membantu mereka.

Sahar yang mendapat jolokan sebagai kembar Angelina Jolie menjadi tumpuan media antarabangsa apabila sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai wajah Angelina Jolie dan obses dengan selebriti wanita tersebut.

Sebelum ini, ODISI akan melaporkan mengenai lima jenis trend pembedahan plastik yang popular.

Meningkat dengan konsisten sejak lima tahun lepas, ini merupakan senarai pembedahan lima teratas daripada lebih 1.8 juta pembedahan yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 2018 dengan perbandingan tahun 2017:

  1. Pembesaran payu dara (meningkat sebanyak 4% – 313,735)
  2. Liposuction atau pemungilan bibir (meningkat sebanyak 4% – 258,558)
  3. Pembentukan hidung (menurun sebanyak 2% – 213,780)
  4. Kelopak mata (menurun sebanyak 1% – 206,529)
  5. Tummy tuck atau kulit menggelebeh (hampir sama – 130,081)

Selain itu, berlaku juga lonjakan dalam pembedahan ‘pembentukan punggung’ (buttock augmentations) dan ‘proses mengangkat peha’ (thigh lifts).