Wanita Dari Alor Setar Bakal Bergelar Datuk Bandar Di California 2

Wanita Dari Alor Setar Bakal Bergelar Datuk Bandar Di California

Wanita berdarah Alor Setar, Kedah, Jocelyn Yow, 25 tahun bakal melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita termuda dilantik sebagai datuk bandar di wilayah Eastvale, California, Amerika Syarikat.

BACA: Wanita Kahwini Kapten Hoki India Nafi Murtad, Sultan Johor Mahu Status Agama Disahkan

Beliau yang merupakan graduan kolej komuniti Norco, California dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ujazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan menjadi wakil daerah di Senat California berharap agar lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain mengikut jejak langkahnya.

Wanita Dari Alor Setar Bakal Bergelar Datuk Bandar Di California 1

Menurut sumber daripada FMT, bapa Jocelyn yang berasal dari Malaysia, manakala ibunya dari Vietnam telah berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1980-an untuk kehidupan yang lebih baik di sana,

Namun beberapa tahun kemudian, mereka kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun di sini.  Sepanjang tempoh tersebut, Jocelyn banyak mempelajari mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarnya.

“Pada tahun 1996, kami pindah ke Malaysia (Alor Setar, Kedah) ketika datuk ayah saya didiagnos menghidap barah, dan akhirnya saya menghabiskan lebih 10 tahun di sana, yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarga kami.”

Tahniah Jocelyn kerana bergelar wanita pertama dari Malaysia yang bergelar Datuk Bandar California!