Tip Dan Pencuci Tandas Tanpa Perlu Sental

Ini Tip Dan Jenis Pencuci Berbaloi Untuk Bersihkan Tandas Tanpa Perlu Sental

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tip dan Jenis Pencuci Berbaloi Untuk Bersihkan Tandas Tanpa Perlu Sental.

Kata orang, kalau nak tahu sama ada penghuni rumah itu bersih atau tidak, tengok pada bahagian tandasnya.

Tandas merupakan bahagian yang paling penting untuk kita membersihkan diri dan melepaskan hajat besar atau kecil.

Oleh itu, tandas sepatutnya dijaga dengan bersih kerana di situlah bakteria mudah membiak.

Bagi mereka yang bekerja, ada kalanya tidak sempat untuk membersihkan tandas sehingga menyebabkan kerja mencuci menjadi dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Ini menyebabkan lumut menebal seinci di atas lantai, ditambah pula dengan tinggalan hakisan bekas sabun di jubin dinding pasti menyakitkan mata.

Tip Dan Pencuci Tandas Tanpa Perlu Sental

Jadi, kami kongsikan tip dan jenis pencuci yang berkesan digunakan untuk membersihkan tandas tanpa perlu bersusah payah menyental.

Tip-tip ini berdasarkan pengalaman orang ramai dan dikatakan berkesan apabila mereka menggunakannya.

Cara bersihkan dinding tandas tanpa perlu sental

Punca kotoran pada cermin dan dinding bilik mandi adalah daripada sisa sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria.

Untuk menggunakan cara ini bagi mereka yang berani dan ingin cepat.

1. Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan jubin dinding atau kaca yang kotor.

Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.

Selepas itu, hanya bilas dengan air sahaja tanda menjadi berkilat seperti baharu.

Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas.

BACA: Nampak Cantik Tapi Bahaya Pada Kesihatan, Kertas Dinding Bukan Untuk Tandas

2. Jika menggunakan Clorox atau stain remover (acid) belum meninggalkan kotoran yang begitu degil, buat kaedah seterusnya dengan span magic dan cream cif.

Gunakan dua bahan ini (pastikan span magic kering) untuk memberishkan kerak air dan sisa sabun.

3. Bagi hilangkan kotoran daki hitam di permukaan jubin dan celah-celahnya, ramai bersetuju amat berkesan menggunakan Magiclean Stain & Mold.

Hanya sembur di bahagian yang kotor, biarkan selama 5-10 minit (untuk kotoran biasa) dan 15-30 minit (untuk kotoran degil) kemudian bilas.

Memang tak perlu beria sental dan tandas bersih berkilat!

Link Shopee Magiclean Stain & MoldSINI

Untuk versi yang lebih murah boleh beli di Daiso

Link Shopee DAISO Mold Remover SpraySINI

Tip Dan Pencuci Tandas Tanpa Perlu Sental