Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Ini Tidur Mati Masa Khutbah Jumaat 2

Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Rupanya Tertidur Masa Khutbah Jumaat

Kecoh sebentar dalam masjid apabila seorang pemuda disangka meninggal dunia semasa khutbah Jumaat rupa-rupanya tertidur.

Sebut sahaja ceramah, rata-rata daripada kita akan rasa mengantuk. Ya, bukan semua tapi ada sebilangannya tanpa mengira umur. Daripada tersengguk hinggalah ke tidur mati, macam-macam ragam yang boleh dilihat dalam satu dewan.

Contohnya yang berlaku di Indonesia, seorang remaja yang tertidur semasa khutbah Jumaat menyebabkan keadaan masjid menjadi kecoh kerana disangka sudah meninggal dunia oleh jemaah masjid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IMAJI LIVE (@imajilive)

Remaja tersebut kemudiannya terjaga dan terpinga-pinga selepas digerakkan jemaah masjid.

Kejadian yang berlaku di Pesantren Padang Lampe, Sulawesi Selatan ini nyata mengundang rasa lucu bukan sahaja daripada pihak masjid tetapi juga netizen yang menontonnya.

Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Ini Tidur Mati Masa Khutbah Jumaat

Apa hukum tertidur masa khutbah?

Menurut portal Mufti Wilayah Persekutuan, hukum tidur dengan sengaja ketika khatib sedang berkhutbah adalah ditegah kerana menjadikan pelakunya sebagai lagha.

Namun jika tidak sengaja mungkin kerana terlalu letih, maka ianya tidaklah termasuk dalam larangan tersebut.

BACA: Perlekeh Pelaksanaan Hari Jawi, Ada Yang Mahu Jumaat Turut Diiktiraf Sebagai ‘Hari Makan Babi’

Secara asasnya terdapat dua perkara umum yang menjadikan seseorang itu dianggap sebagai lagha solat Jumaatnya iaitu menerusi perkataan dan perbuatan anggota badan.

Perkataan lagha membawa maksud seseorang itu tidak mendapat sebarang pahala, fadilat jumaatnya terbatal dan solat Jumaatnya menjadi solat Zohor sahaja.

Riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ‏ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ ‏

Maksudnya: Apabila kamu berkata kepada sahabat kamu: “Diamlah” ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah lagha.

Riwayat Al-Bukhari (934)

Ini bermakna sebarang ucapan sekalipun berbentuk amar makruf (arahan kepada kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kemungkaran) termasuklah ‘”diamlah” adalah dilarang semasa khutbah sedang berlangsung serta menyebabkan pelakunya menjadi lagha.