Menari Sampai Meninggal Dunia, Ini Kisah Wabak Epidemik Pelik Yang Pernah Berlaku 4

Menari Sampai Meninggal Dunia, Ini Kisah Wabak Epidemik Pelik Yang Pernah Berlaku

Menjelang penghujung 2020, penduduk dunia masih lagi bergelut dengan wabak pandemik COVID-19. Hidup dalam suasana norma baharu tidak mudah namun ianya perlu diikuti supaya rangkaian jangkitan dapat diputuskan.

Tahukah anda pada abad ke-16, pernah berlaku satu epidemik yang pelik di sebuah bandar di Perancis sehingga menyebabkan ramai kematian?

Berlaku di Strasbourg, Perancis, epidemik yang dipanggil sebagai Tarian Saint Vitus ini menyebabkan orang ramai akan menari tanpa henti.

Bermula daripada seorang wanita, Frau Troffea pada 17 Julai 1518, Frau pada awalnya cuma menari di lorong rumahnya dari pagi sehinggalah malam tanpa henti walaupun diarahkan untuk berhenti.

Menari Sampai Meninggal Dunia, Ini Kisah Wabak Epidemik Pelik Yang Pernah Berlaku 1
Sumber: Medium

Disebabkan terlampau penat, beliau pengsan. Sedar daripada pengsan, Frau Troffea sambung semula biarpun kakinya berada dalam keadaan bengkak.

Orang ramai yang melihat Frau menari ini kemudiannnya seakan terpengaruh dan dalam masa seminggu sahaja, mereka yang dijangkiti dikatakan lebih daripada 30 orang dan terus meningkat hingga 400 orang dalam masa sebulan.

Sehinggakan mereka sendiri seakan tidak mampu mengawal lagi diri dan menyebabkan ramai yang meninggal dunia kerana terlampau penat, serangan jantung dan angin ahmar.

Menari Sampai Meninggal Dunia, Ini Kisah Wabak Epidemik Pelik Yang Pernah Berlaku 2
Sumber: Wikimedia

Bimbang dengan keadaan ini, pihak berkuasa kemudiannya membina pentas siap dengan iringan ahli muzik dan penari profesional yang dikhaskan untuk mereka yang dijangkiti menari kerana percaya pada teori ‘mereka akan berhenti menari sekiranya menari dengan lebih lama’.

Namun lain pula yang berlaku. Mangsa epidemik ini meningkat secara mendadak!

Ramai yang menyumbangkan teori mereka mengenai punca bermulanya wabak ini. Sebagai contoh:

  1. Para paderi berpendapat epidemik ini berpunca daripada sumpahan Orang Suci Katolik, Saint Vitus yang merupakan seorang pendendam.
  2. Pada abad ke-20, pengkaji percaya mereka termakan sejenis roti yang dijangkiti kulat Ergot yang menyebabkan si pemakannya berhalusinasi dan menari tanpa henti.
  3. Ajaran sesat yang percaya lebih lama mereka menari, lebih banyaklah harta yang akan dikurniakan kepada mereka.

Namun yang paling diterima orang ramai ialah teori daripada seorang ahli perubatan, John Waller bahawa ianya bermula akibat daripada gangguan psikologi, Psikogenik yang menyebabkan emosi seseorang itu tertekan.

Seorang ahli fizik pada abad ke-16, Paracelsus percaya Frau pada awalnya menari hanya kerana mahu menjengkelkan suaminya kerana masyarakat pada ketika itu percaya wanita yang menari adalah lambang kepada satu pemikiran bebas dan tidak sopan.

Namun teori ini tidak diterima kerana Paracelsus dikenali sebagai seorang misogini.

Keadaan Frau yang semakin kritikal ini menyebabkan pihak berkuasa bandar terpaksa mengheret beliau ke Gereja Saint Vitus untuk memohon keampunan.

Menari Sampai Meninggal Dunia, Ini Kisah Wabak Epidemik Pelik Yang Pernah Berlaku 3
Sumber: Medium

Magisnya, penyakit tersebut berjaya disembuhkan! Selepas itu mereka yang dijangkiti akan dibawa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.

Sumber:

  1. Aqil Syakir
  2. Jon