Bung Moktar Tawar Diri Suntik Vaksin COVID-19

‘Panglima Perang’ Bung Moktar Sahut Saranan Ahli Politik Disuntik Dahulu Vaksin COVID-19

Bung Moktar Tawar Diri Sahut Saranan Ahli Politik Disuntik Dahulu Vaksin COVID-19.

Umum mengetahui bahawa vaksin COVID-19 yang diumumkan dengan 90 peratus keberkesanan menjadi sinar baharu kepada penduduk dunia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan menjelaskan mereka tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin tersebut kepada semua rakyat Malaysia kerana pengambilannya hanya diberikan kepada mereka yang bersukarela terutamanya golongan berisiko dan mudah menghadapi penyakit.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menawarkan diri menjadi bahan uji vaksin Covid-19 di Malaysia bagi menyahut saranan ahli politik perlu menjadi golongan pertama disuntik vaksin itu.

Pemimpin Umno Sabah itu menjawab pertanyaan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) yang bertanyakan siapa orang pertama yang akan diuji dengan vaksin itu.

“Saya menawarkan orang pertama untuk uji vaksin ini, kalau ada. Saya tidak takut sebab saya mahu sihat.

“Panglima perang kena dulu,” katanya, disambut tawa wakil rakyat lain.

Vaksin COVID-19 difahamkan memerlukan penyimpanan ultra-sejuk negatif 70 darjah Celsius.

vaksin COVID-19

Justeru, ia menjadi persoalan adakah keberkesanan vaksin Covid-19 dalam iklim tropika sudah teruji, dan adakah Malaysia mempunyai kemudahan untuk menyimpan vaksin itu.

Wong juga berkata ada dalam kalangan rakyat mengesyorkan vaksin diuji terlebih dahulu pada ahli politik sebelum diberi kepada rakyat.

“Jika kita sudah mempunyai vaksin tersebut, siapakah yang akan jadi bahan kajian seterusnya?” katanya, membawa kepada sahutan Bung itu.

Bung Moktar Tawar Diri Suntik Vaksin COVID-19

Enam maut dalam ujian vaksin COVID-19 Pfizer

Beberapa jam sebelum United Kingdom menjadi negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan, dilaporkan bahawa enam individu meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal.

Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Sumber: FMT, Harian Metro