Terkena ‘Prank’ 100 Bungkus Nasi Ayam, Peniaga Ini Rugi Seminggu Hasil Pendapatan 2

Terkena ‘Prank’ Pesanan 100 Bungkus Nasi Ayam, Peniaga Ini Rugi Seminggu Hasil Pendapatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Budaya prank seakan menjadi satu trend dalam masyarakat kini. Di media sosial, pelbagai video prank dimuat naik sehingga menjadikan ianya sebagai satu budaya normal.

BACA: Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Lepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah

Mungkin ada yang melakukan konten prank sebagai hiburan, tetapi jika berlebihan tanpa sedar ianya menyebabkan masalah kepada pihak lain.

Yang terbaharu, satu hantaran di Facebook UTAR Confessions 2017/18 mendedahkan mengenai perbuatan tidak bertanggungjawabnya terhadap seorang rakan sekelasnya.

#UC20362
前一阵子我同班有个男的好练到死,以为自己驾honda city很有型酱。特地假假在班上那边把玩钥匙,然后旁边的人看到就起哄有钱仔什么的。看到都dulan。
无聊我就进去他fb…

Posted by UTAR Confessions 2017/18 on Tuesday, 1 December 2020

Prank kerana rasa jengkel

“Dia rasa dirinya nampak hebat hanya kerana di memandu Honda City. Dia selalu bermain dengan kunci keretanya semasa kelas dan semua orang tahu dia adalah anak orang kaya.

Satu hari saya mencari dia di Facebook dan tahu mereka sebenarnya menjual nasi ayam. Dari situ saya dapat idea untuk mengajar dia kerana menunjuk.

Saya beli kad SIM dan install WhatsApp untuk memberi 100 bungkus nasi ayam.”

Terkena ‘Prank’ 100 Bungkus Nasi Ayam, Peniaga Ini Rugi Seminggu Hasil Pendapatan 1
Gambar sekadar hiasan.

Beliau kemudian mendakwa dirinya adalah pembantu kepada salah seorang Yang Berhormat (YB) di satu daerah dan berhasrat mahu mengagihkan makanan kepada orang susah untuk mengelakkan dirinya perlu membayar deposit.

Selepas setuju dengan tarikh yang ditetapkan, beliau kemudiannya membuang kad SIM tadi.

Pada hari yang dijanjikan, rakan sekelasnya ada memuat naik mengenai kejadian tersebut. Disebabkan itu keluarga mereka menanggung kerugian yang sama dengan hasil jualan seminggu.

Terkena ‘Prank’ 100 Bungkus Nasi Ayam, Peniaga Ini Rugi Seminggu Hasil Pendapatan
Sumber: YouTube Che Nom

Untuk mengelakkan pembaziran, nasi ayam berkenaan kemudiannya diedarkan ke rumah anak-anak yatim dan pusat penjagaan orang tua.

“Saya ketawa bagai nak rak. Mereka akhirnya terpaksa mengagihkan makanan tersebut kepada anak yatim dan rumah orang tua.

Saya tolong anda buat kebajikan. Lain kali jangan terlampau angkuh.”