3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 7

3 Kolaborasi Syarikat Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal

Sebut sahaja Microsoft, rata-rata daripada penduduk dunia mengetahui mengenai syarikat yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang pengkomputeran ini.

Sama seperti syarikat lain, Microsoft pernah menjalin kolaborasi dengan beberapa syarikat bagi membantu mereka menjana pendapatan selain daripada mengembangkan syarikat sedia ada.

Tahukah anda, Microsoft pernah melakukan beberapa kolaborasi yang dirasakan pengguna sebagai tidak masuk akal pada satu ketika dahulu? Kami senaraikan tiga untuk anda nilai sendiri.

1. Windows 7 Whopper x Burger King

Pada Oktober tahun 2009, Microsoft telah menjalinkan kerjasama denan Burger King dalam menawarkan menu edisi terhad Windows 7 Whopper yang menawarkan tujuh keping daging dalam sebiji burger bagi meraikan meraikan pelancaran Windows 7 di Jepun.

Menu dengan kalori lebih 2,120 dalam hidangan setinggi lima inci ini telah melebihi jumlah kalori yang disarankan iaitu 2,000.

bk_poster091014_01

Disebabkan menu Windows 7 Whopper mendapat sambutan yang luar biasa, promosi tujuh hari tersebut dipanjangkan menjadi sembilan hari.

2. Tisu Tandas Windows Vista Ultimate SP 1

Nampak macam tidak masuk akal, tetapi tahukah anda tisu tandas Windows Vista Ultimate SP1 pernah menjadi popular selepas dilancarkan di Jepun sekitar tahun 2008?

Bagi mempromosikan pelancaran Windoes Vista SP1 di Jepun, Microsoft telah mengedarkan tisu tandas yang dilengkapi dengan cetakan tulisan yang dikatakan sebagai ‘ensklopedia bilik mandi’.

3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 2
Sumber: Tech Blog
3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 3
Sumber: Tech Blog

3. Air Microsoft Soda

Setiap kali mengadakan persidangan mengenai pembangunan perisian, pastinya acara berkenaan akan dimeriahkan dengan hidangan percuma air soda jenama Microsoft buat para peserta.

Disediakan dengan variasi perisa, ramai yang berkongsikan bahawa rasa air soda keluaran Microsoft ini memang agak sedap.

3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 4
Sumber: Gigazine
3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 6
Sumber: Gigazine
3 Kolaborasi Microsoft Yang Dirasakan Sebagai Tidak Masuk Akal 5
Sumber: Gigazine

Sumber:

  1. Namri Sidek
  2. Business Insider