Kenapa Ada Ayam Berwarna Kuning

Kenapa Ayam Dijual Di Pasar Ada Yang Berwarna Kuning?

Kenapa Ayam Ada Yang Berwarna Kuning?

Ayam sememangnya pilihan yang paling popular di Malaysia kerana mempunyai pelbagai cara masakan dan rasanya bersesuaian dengan cita rasa orang ramai.

Tahukah anda bahawa ukiran-ukiran Babylon sekitar 600SM menampilkan ayam sebagai sumber makanan mereka?

Merupakan daging yang paling laris ketika zaman pertengahan, iaitu kira-kira dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi, daging ayam menjadi pilihan kerana mudah dihadam dan dianggap sebagai makanan yang paling neutral.

Memilih ayam segar menjadi keutamaan agar kelak kita tidak mengalami masalah kesihatan nanti.

Jika ke pasar raya ataupun di mana-mana tempat menjual daging ayam, pasti anda pernah terjumpa ayam berwarna kuning.

Pernah tidak anda terfikir, kenapa ada ayam yang kelihatan berwarna kuning?

Memetik perkongsian Kedai Ayam Ladangku, jika ayam tersebut kelihatan berwarna kuning pelik dari biasa, kita sebolehnya perlu elak daripada memilih ayam tersebut.

Katanya, kulit ayam boleh berubah menjadi warna kekuningan apabila ia telah direndam didalam rendaman yang tinggi kandungan klorin dan ayam tersebut tidak lagi berada dalam keadaan segar.

Kenapa Ada Ayam Berwarna Kuning

Tujuan asal rendaman klorin diwujudkan ialah supaya ia dapat membunuh bakteria- bakteria yang berbahaya seperti E-Coli, Salmonella dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan rendaman klorin sebagai satu cara supaya ayam tersebut dapat tahan lebih lama daripada biasa.

Justeru, kita perlu berhati-hati dengan peniaga begini.

“Ada ke cara lain supaya ayam tidak direndam klorin dan selamat untuk dimakan?”

Ya ada, caranya ialah melalui mengekalkan suhu dingin optimum 10 darjah celcius supaya ayam sentiasa segar ketika pemprosesan dan ketika dijual.

Namun begitu, tidak semua ayam kuning itu melalui rendaman klorin. Misalnya, ayam pencen berwarna kuning mungkin melalui proses membuang bulu dengan teknik bakar yang menyebabkan ia menjadi kuning.

Di Malaysia, ayam daging yang berwarna kuning sangat jarang dijumpai melainkan ianya ayam organik yang diberi makanan tertentu.

Berbeza pula bagi penduduk Mexico kerana menganggap bahawa ayam yang kulitnya berwarna kuning itu ialah ayam yang sihat dan segar dari ladang.

Kenapa Ada Ayam Berwarna Kuning

Oleh itu, jika kita berjalan di pasar Mexico, pasti kita akan lihat banyak ayam yang berwarna kuning dan mungkin mustahil untuk jumpa ayam seperti di Malaysia.

Ayam tersebut datang dari baka ‘Grey Jungle Fowl’ dan diberi makanan spesifik.

Manakala baka daging ayam di Malaysia datang dari baka ‘Arbor Acres’ – selalu nampak bulu berwarna putih itu.

Sumber: Kedai Ayam Ladangku

BACA: Apa Salah Babi? Ini 5 Cara Kenal Pasti Daging Yang Haram Dimakan Bagi Muslim