Tampil Dengan Konsep Jual Barang ‘Ex’, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’ 3

Tampil Dengan Konsep Jual Barang ‘Ex’, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’

Semua orang pasti melalui fasa putus cinta. Demi mengubat rasa yang terluka, masing-masing ada cara yang tersendiri untuk move on daripada kekecewaan termasuklah jual semula barang yang diberikan ex.

Mengambil kira memori setiap perhubungan, sebuah kedai di Instagram, @kedaipernahsayang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kecewa ini untuk move on dengan menjual barangan yang pernah menjadi memori berharga buat pemiliknya.

Tampil Dengan Konsep Jual Barang ‘Ex’, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’ 1
Sumber: @kedaipernahsayang

Menurut sumber daripada MStar, pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai KT memberitahu idea membangunkan IG Shop berkenaan merupakan inspirasi daripada sebuah filem Indonesia, Toko Barang Mantan lakonan Reza Rahadian dan Marsha Timothy.

 

Antara barang yang paling banyak dilepaskan ialah cincin, gelang dan aksesori wanita.

Tampil Dengan Konsep Jual Barang ‘Ex’, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’ 2
Sumber: @kedaipernahsayang

Sebagai permulaan, KT memberitahu beliau memuat naik barangan peribadi daripada bekas kekasihnya iaitu sebuah kamera polaroid yang berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM150.

Sejak daripada itu media sosialnya mula mendapat perhatian ramai. Bukan hanya wanita, malah ada juga lelaki yang mahu menjual hadiah daripada bekas kekasihnya.

Menggunakan teknik perniagaan yang unik iaitu jual barang ex, selain watermark setiap barangan yang dijual akan disediakan dengan kapsyen yang menceritakan kisah di sebalik barang dan hubungan yang terjalin.

Tampil Dengan Konsep Jual Barang ‘Ex’, Kedai Instagram Ini Ajar Anda Untuk ‘Move On’
Sumber: @kedaipernahsayang

Sekiranya ada pembeli yang berminat, @kedaipernahsayang hanya akan bertindak sebagai pihak ketiga yang menghubungkan penjual dengan pembeli untuk urusan seterusnya.

Sedikit tentang filem Toko Barang Mantan (2020):

Reza Rahadian yang membawa watak Tristan, pemilik kedai Toko Barang Mantan menjual barang-barang hadiah daripada bekas kekasih menerusi cerita-cerita disebaliknya, filem ini mengajar penonton yang pernah kecewa disebabkan percintaan untuk terus move on.

Sudah disiarkan di Netflix, filem ini ajar penonton untuk tak berpegang pada kisah lama dan move on daripada kegagalan percintaan lalu.