Samak Atau Tidak Ini Pendapat Ulama Berkenaan Najis Babi 2

Samak Atau Tidak? Ini Pendapat Ulama Berkenaan Najis Babi

Samak atau tidak? Ini pendapat ulama tentang najis babi.

Samak merupakan satu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya.

BACA: Kalau Malaysia Guna ‘Babi’, Kenapa Indonesia Pilih ‘Anjing’ Sebagai Kata Makian?

Samak kebiasaannya digunakan untuk samak kulit bagi mengeluarkan daging yang terlekat pada kulit haiwan yang ingin digunakan.

Samak seringkali disamakan dengan sertu yang merupakan proses penyucian sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) seperti anjing, babi dan keturunannya.

Selesema Babi Afrika 1

Sertu akan dilakukan sekiranya sesuatu bahan itu dijilat atau disentuh najis berat dengan basuhan sebanyak tujuh kali dan sekali air tanah.

Baru-baru ini tular mengenai kelibat seekor babi yang memasuki sebuah premis perniagaan di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya.

Pandangan ulama mengenai najis babi

Persoalan perlu atau tidak disamak atau disertu, ini pandangan ulama berkenaan najis babi pada isu sama semasa kejadian kemasukan seekor babi hutan di dalam Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh pada Mac 2018.

Dr. Ustaz Rozaimie Ramle menjelaskan ulama sepakat bahawa daging babi adalah haram dimakan, tetapi ulama berbeza pendapat mengenai beberapa isu.

Samak Atau Tidak Ini Pendapat Ulama Berkenaan Najis Babi

Ulama besardalam Mazhab Syafie seperti Al-Imam Al-Nawawi memilih pendapat tidak perlu samak atau sertu dengan air tanah sekiranya terpegang babi. Di dalam kitab Al-Mahmu, karangan ulama besar Mazhab Syafie, AL-Imam Al-Nawani ada menyatakan.

واعلم أن الراجح من حيث الدليل أنه يكفي غسلة واحدة بلا تراب ، وبه قال أكثر العلماء الذين قالوا بنجاسة الخنزير. وهذا هو المختار ; لأن الأصل عدم الوجوب حتى يرد الشرع ، لا سيما في هذه المسألة المبنية على التعبد

Masudnya:
Ketahuilah bahawa yang rajih dari sudut dalil, (kenajisan babi) memadai dengan sekali basuhan tanpa perlu tanah. Inilah pandangan kebanyakan ulama yang berkata tentang kenajisan babi. Inilah pandangan yang terpilih. Hal ini kerana hukum asal ialah tidak wajib (sertu/samak) sehinggalah ada bukti dari syara’, terutama dalam persoalan seperti ini yang dibina di atas dasar menjadikan ibadah.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/604).