PTJ01_05042020_SIDANG_MEDIA

PKPB Dilanjutkan Tapi Rentas Negeri Dan Daerah Dibenarkan, Ini 3 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

Kerajaan hari ini menerusi satu sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan beberapa perubahan pada prosedur operasi standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPP).

1. PKPB Dilanjutkan di Kuala Lumpur dan Selangor

PKPB yang sepatutnya tamat pada 6 Disember 2020 di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.

2. Rentas Negeri dan Daerah Dibenarkan

Bermula 7 Disember 2020, rentas daerah atau negeri sudah dibenarkan di kawasan bukan di bawah Perintah Kawalan Diperketat (PKPD).

3. Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya (SJR)

PKPB Dilanjutkan Atau Tidak

Ini bermakna tiada lagi SJR oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.

Malah had penumpang termasuk pemandu dalam satu kenderaan juga dibatalkan.

Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN)