
Sindiket Seludup Daging Import Haram Guna Taktik Bungkus Semula Produk Terbongkar
Sebuah gudang di Senai, Johor Bahru diserbu selepas didapati menjadi lokasi pembuatan label dan cap palsu untuk daging import haram yang kemudiannya ‘dihalalkan’ dengan cara menampal cop palsu pada kotak daging.

Menggunakan taktik pembungkusan semula, kartel daging haram yang sudah aktif selama bertahun-tahun tersebut dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku bagi meyakinkan pemborong di Malaysia bahawa daging yang mereka bekalkan itu diperoleh daripada negara yang dibenarkan pengimportannya.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), taktik kotor kartel daging haram yang diedarkan ke dalam pasaran tempatan ini akhirnya berjaya dibongkarkan.

Bukan itu sahaja, mereka juga didakwa memalsukan dokumen import, izin dan sijil halal selain daripada mengimport produk daripada sumber sah dan mencampurkkan dengan stok sedia ada.

Serbuan di lokasi telah merampas lebih 1,500 tan daging sejuk beku yang diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina melalui pelabuhan utama Johor dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.
Pekerja gudang berkenaan bagaimanapun mengakui tidak mengetahui bahawa premis berkenaan disyaki telah menjalankan kegiatan menyeludup daging secara tidak sah.
Kes masih dalam siasatan.
Isu halal daging sejuk beku import
Antara yang menjadi ketakutan apabila diedarkan dalam pasaran tempatan di Malaysia adalah daripada status halal daging berkenaan.
BACA: Kesucian Halal Restoran ‘Pork Free’: Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?
Menurut Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, punca perkara ini berlaku adalah kerana adanya sifat tidak jujur dalam rantaian perniagaan bermula dari proses pengimportan hinggalah diedar ke pasaran tempatan.
Daging import menjadi pilihan disebabkan harganya lebih murah berbanding harga daging tempatan bukan sahaja dalam kalangan orang awam, tetapi juga restoran dan kedai makan.
Disebabkan khuatir dengan kemungkinan pengguna Islam termakan daging tidak halal tanpa sedar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa untuk menarik semula daging beku import dari pasaran.
Trending now



