Ahli Bina Badan Kahwin Patung Silikon

Lapan Bulan ‘Bercinta’, Ahli Bina Badan Akhiri Zaman Bujang Kahwini Teman Wanita Silikon

Mungkin telah menjadi trend manusia memilih untuk menjalani kehidupan hingga ke hari tuanya dengan pasangan yang bukan hidup.

Seorang ahli bina badan Kazakhstan mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan dia melamar kekasih yang sebenarnya adalah boneka silikon wanita selepas lapan bulan berkenalan.

Yuri Tolochko bersama teman wanitanya yag dikenali sebagai Margo telah pun tinggal bersama selama lebih setahun sebelum meluahkan hasrat untuk mengahwininya.

Dia sepatunya melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac lalu namun akibat pandemik COVID-19 yang melanda terpaksa ditunda.

Walau bagaimanapun, pasangan ini akhirnya disatukan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang mana dihadiri keluarga dan rakan terdekat Yuri pada penghujung November.

Berita perkahwinan ahli bina badan itu dan kekasih patungnya kemudian mendapat perhatian dunia selepas Yuri sendiri memuat naik video majlis perkahwinan mereka di Instagram.

Ahli Bina Badan Kahwin Patung Silikon

Dalam video itu, Yuri menyarungkan cincin ke jari Margo sebelum menari di hadapan tetamu yang hadir.

Memetik sumber media antarabangsa, Yuri mendakwa bertemu buat pertama kali dengan kekasihnya itu di sebuah bar selepas menyelamatkan wanita itu daripada seorang lelaki lain.

Yuri sedar bahawa kekasihnya itu hanya sekadar patung, namun tetap melayannya sama seperti pasangan lain. Dia turut mendakwa Margo amat menyukai masakan Georgia.

“Apabila saya menyiarkan gambarnya buat pertama kali, saya menerima kecaman masyarakat.

Sepanjang ‘bercinta’ dia telah membawa Margo melakukan pembedahan plastik selepas mendakwa patung tersebut berasa insecure mengenai penampilannya.

Yuri kini sedang mencari kediaman di sana untuk menjalani kehidupan baharu bersama Margo.

Apa yang membuatkan golongan ini memilih boneka berbanding manusia? Adakah lebih bahagian jika tiada komunikasi?

Sumber: Sport Bibble