Pasar Harian Selayang Baru 7

Hampir Siap Dibina, Netizen Bangkitkan 2 Isu Utama Berkenaan Pasar Harian Selayang Baru

2 Disember lalu, laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi tumpuan selepas memuat naik satu hantaran mengenai perkembangan terkini di Pasar Harian Selayang baru.

Pasar Harian Selayang Lama
Pasar harian Selayang Lama. Kredit: Sinar Harian

Fasiliti baru bagi menggantikan Pasar Harian Selayang lama ini dibina dengan mengutamakan ciri-ciri moden, luas, tersusun dan bakal menjadi penanda aras bagi pasar masa hadapan.

Pasar Harian Selayang Baru 6
Sumber: Facebook DBKL

Diharapkan apabila beroperasi akan memberikan satu dimensi baharu bukan sahaja kepada peniaga tetapi juga kepada pengunjung, ruangan komen hantaran ini dipenuhi dengan beberapa pendapat dan pandangan daripada netizen.

1. Peniaga tempatan vs peniaga asing

Mei lalu, media melaporkan selepas 20 tahun dimonopoli warga asing, Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang akhirnya kembali menjadi milik warga tempatan.

BACA: Selepas Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya Jadi Milik Warga Tempatan

Antara asbab yang mampu membersihkan kawasan tersebut daripada terus dibanjiri pekerja asing adalah disebabkan wabak COVID-19 yang melanda.

Pasar Harian Selayang Baru

Rata-rata mahukan DBKL memantau aktiviti di sana supaya tidak lagi berlaku kejadian penjualan tapak perniagaan yang mana setiap satunya mampu dijual hingga RM1 juta.

BACA: Satu Tapak Niaga Pasar Borong KL Boleh Dijual Sehingga RM1 Juta Kepada Warga Asing

2. Sistem operasi

Apabila sebut tentang pasar basah, ada beberapa perkara yang menjadi perhatian, antara bau hanyir.  Tidak lari daripada itu, netizen berharap agar sistem pengurusan saliran di Pasar Harian Selayang yang baharu ini ditambah baik.

Pasar Harian Selayang Baru 4
Sumber: Facebook DBKL

Namun melihatkan pada perkongsian gambar tersebut, ada yang berpendapat saiz sinki yang disediakan untuk para peniaga tidak mencukupi untuk menampung penggunaannya sehingga boleh menyebabkan masalah saliran tersumbat selain daripada isu bau hanyir di parkir akibat daripada lelehan bahan basah yang dibeli.

Pasar Harian Selayang Baru 1

 

Kawasan parkir

Pasar Harian Selayang Baru 5

Kawasan tapak perniagaan

Pasar Harian Selayang Baru 2
Sumber: Facebook DBKL
Pasar Harian Selayang Baru 3
Sumber: Facebook DBKL