7-Eleven Perkenal Menu Edisi Terhad Baharu Oh-Nana Aiskleem Dan Blueberry Slurpee

7-Eleven Perkenal Menu Edisi Terhad Baharu: Aiskleem Oh-Nana Dan Blueberry Slurpee

Salam Disember semua! Juga tak dilupakan salam aiskleem Oh-Nana!

Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah hujung tahun, kan? Wabak pandemik yang sedang melanda dunia sekarang buatkan kita rasa masa berlalu terlampau cepat.

BACA: Pokémon Poké Plates Kembali Lagi! Ini Langkah Mudah Menangi Koleksi Terhad

Mungkin anda sedih banyak yang belum dicapai atau masih banyak impian yang tertangguh, tapi apakan daya… Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.

Untuk rawat hati anda yang sedih, 7-Eleven, kedai serbaneka jenama kegemaran rakyat Malaysia ada keluarkan menu baharu edisi terhad iaitu Aiskleem Oh-Nana dan Blueberry Slurpee.

Untuk edisi aiskleem, anda boleh dapatkan dengan dua variasi iaitu dalam bentuk kon (RM1.90) atau pun dalam bentuk cawan (RM3.60) dengan tambahan biskut cip coklat.

FA-A3-Poster-Banana-Aiskleem

Manakala Slurpee pula boleh didapati dengan harga bermula RM2.30.

Slurpee Blueberry

Terdahulu,

Pokémon Poké Plates kembali lagi di 7-Eleven Malaysia dengan versi 2.0. Bagi peminat Pokémon, ini merupakan suatu koleksi istimewa dan terhad yang dikeluarkan oleh 7-Eleven.

Anda boleh mengumpulkan sebanyak 30 rekaan Pokémon Poké Plates 2.0 yang comel ini, merangkumi karakter Pikachu, Venusaur, Dedenne, Charizard, Blastoise, Gyrados dan banyak lagi dengan beberapa langkah mudah!

Malah 7-Eleven juga pernah menjalinkan kerjasama dengan emoji dengan kembalibersama barisan koleksi premium anak patung beruang comel untuk anda miliki.

Datang dalam 27 emoji berbeza, setiap anak patung disertakan dengan sepersalinan jersey beremoji, antaranya Luvly, Starry, Wannabey, Notty dan Ka-Chingy.

Tahukah anda, sekarang anda tidak perlu lagi ke pejabat Pos Laju semata-mata untuk menghantar bungkusan?
Dengan kerjasama pihak 7-Eleven, anda kini boleh membuat penghantaran dengan meletakkan barangan di 7-Eleven menerusi perkhidmatan Razer Parcel+.
Caranya mudah sahaja:
  1. Lakukan pendaftaran di https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home dan sertakan maklumat penghantaran seperti yang diminta.
  2. Pilih cawangan 7-Eleven yang anda mahukan sebagai pusat penghantaran.
  3. Dalam tempoh 48 jam, anda diminta untuk ke cawangan yang dipilih dan maklumkan juruwang berkenaan penghantaran anda.
Mudah bukan? Untuk lihat cawangan 7-Eleven yang terlibat, anda boleh RUJUK DI SINI.