kwsp i-sinar

Permohonan Bermula 21 Disember, Ini 2 Kategori Ahli Yang Layak Mohon i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan semalam telah mengumumkan dua kategori ahli yang layak memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar.

BACA: Syarat Dan Cara Permohonan Pengeluaran i-Sinar Daripada Akaun 1 Sehingga RM60,000

Kategori 1 Permohonan i-Sinar

kategori 1 adalah ahli yang belum mencapai umur 55 tahun. Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan.

Kelulusan akan diberi secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurangnya dua bulan berturut semasa permohonan
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyk 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Kategori 1 membabitkan ahli yang:

  • bekerja sendiri,
  • bekerja dalam sektor ekonomi gig,
  • yang hilang pekerjaan,
  • suri rumah
  • diberi notis cuti tanpa gaji
  • hilang sumber pendapatan

kwsp 1

Kategori 2 Pemohonan i-Sinar

Kategori 2 permohonan i-Sinar adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020.

Dokumen yang diperlukan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank

Permohonan i-Sinar boleh dibuat

Permohonan semuanya secara online menerusi isinar.kwsp.gov.my

Kategori 1 – Bermula 21 Disember 2021
Kategori 2 – Bermula 11 Januari 2021

Bayaran i-Sinar akan dibuat

Bermula pertengahan Januari 2021. Amaunnya adalah seperti berikut:

Permohonan i-Sinar KWSP

Sebelum memohon i-Sinar

  1. Daftar dahulu nombor telefon di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaranmasih aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama