PKPB Dilanjutkan Atau Tidak

PKPB Perlu Atau Tidak Untuk Dilanjutkan? Ini Pandangan Pakar

Jumaat ini menjadi penentu sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri yang akan berakhir pada 6 Disember akan dilanjutkan atau pun tidak.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata tanpa PKPB usaha kerajaan untuk mengekang dan memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 menjadi sukar sekiranya melihat daripada jumlah kes jangkitan yang dilaporkan setiap hari adalah tidak menentu.

‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 1
Sumber: The Conversation

Dengan itu, beliau berpendapat langkah terbaik adalah melanjutkan lagi tempoh PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur yang menyaksikan munculnya kluster baru dan peningkatan kes secara mendadak.

Menurut sumber Berita Harian, PKPB adalah cara untuk melandaikan semula lengkung graf jangkitan sama seperti sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Walau bagaimanapun, PKPB boleh dipertimbangkan untuk ditamatkan di negeri-negeri yang mencatatkan pengurangan kes seperti di Kedah dan Pulau Pinang.

Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Manakala bagi Pakar Sistem Kesihatan Universiti Oxford, Dr Khor Swee Kheng, PKPB tidak wajar dilanjutkan kerana pertambahan kes harian COVID-19 lebih bertumpu di kawasan khusus sebagai contoh di dalam syarikat, kilang atau pun tapak pembinaan.

Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan PKP Bersasar selain daripada menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP).