Patung Terracotta

Sejarah Ribuan Tentera Terracotta Yang Dibina Untuk ‘Menjaga’ Maharaja Qin Di Alam Barzakh

Sebut pasal kerajaan China, ramai orang ambil maklum mengenai sejarahnya yang mempunyai banyak dinasti pemerintah terutamanya mengenai sejarah patung Terracotta.

Antara maharaja yang paling terkenal ialah Maharaja Qin Shi Huangdi (260-210 BC) yang diyakini sebagai pengasas kepada kerajaan China selepas negeri-negeri China disatukan.

Sejarah Patung Tentera Terracotta Yang Dibina Untuk ‘Menjaga’ Maharaja Qin Di Alam Barzakh 3

Selain daripada terkenal sebagai maharaja pertama kerajaan China, Maharaja Qin juga dikenali sebagai seseorang yang amat takutkan alam selepas kematian.

Disebabkan itu jugalah baginda seakan taksub dengan maulhayat, sejenis air yang dikatakan boleh menjadikan peminumnya hidup buat selama-lamanya. Seluruh pelosok negeri yang dikatakan adanya air ajaib itu akan dijelajah untuk mendapatkannya.

Antara lokasi popular yang dikaitkan dengan maulhayat ini ialah Pulau Zhifu yang terletak di Yantai.

Sejarah Patung Tentera Terracotta Yang Dibina Untuk ‘Menjaga’ Maharaja Qin Di Alam Barzakh 4

Baginda pernah menghantar seorang pengembara, Xu Fu untuk mencari ahli sihir, Anqi Sheng yang dikatakan sudah hidup selama 1,000 tahun di gunung terkenal Penglai bersama ratusan orang pengiring.

Namun misi tersebut tidak menemui penghujungnya apabila tiada seorang pun yang pulang semula menghadap Maharaja Qin. Ramai yang beranggapan mereka terlalu takut untuk pulang kerana gagal mendapatkan air ajaib tersebut.

Pada 211 SM, satu meteorit besar jatuh ke bumi Dongjun. Di atasnya terdapatnya tulisan ‘Maharaja Pertama akan mangkat dan tanahnya akan dibahagikan’.

BACA:Meteorit Hoba: Meteorit 60 Tan Paling Besar Yang Pernah Jatuh Ke Bumi

Apabila berita ini sampai sahaja di telinga Maharaja Qin, baginda mahu ianya disiasat. Namun tiada siapa yang berani mengaku menyebabkan baginda berang dan membunuh semua orang Dongjun. Batu meteorit itu turut dipecahkan.

Setahun selepas kejadian tersebut, ramalan berkenaan menjadi kenyataan apabila Maharaja Qin disahkan mangkat disebabkan terlalu banyak menelan merkuri yang disangkakan sebagai maulhayat.

Sejarah patung Terracotta

Sebelum mangkat lagi Maharaja Qin sudah mula risaukan mengenai kehidupannya di alam sana kerana baginda pernah bermimpi mengenai pembalasan yang akan diterima daripada mangsa-mangsa yang terkorban disebabkan kegilaan baginda untuk mengukuh dan melebarkan empayarnya.

Sejarah Patung Tentera Terracotta Yang Dibina Untuk ‘Menjaga’ Maharaja Qin Di Alam Barzakh 2

Oleh itu seramai 700,000 orang buruh telah dikerah bagi menyiapkan kompleks agung yang menempatkan ribuan patung tanah liat Terracotta sebagai ‘penjaga’ baginda di alam sana.

Patung-patung tersebut kemudiannya ditemui pada 29 Mac 1974 oleh seorang petani tempatan di wilayah Shaanxi yang pada ketika itu sedang mencari sumber air dengan menggali sebuah perigi sedalam 1.5km bawah tanah.

Menjadi saksi kegemilangan dinasti Maharaja Qin, patung tanah liat yang dikatakan melebihi 8,000 buah ini dinamakan sebaga anggota askar Terracotta disebabkan ianya diperbuat daripada tanah liat.

Bukan sekadar itu, turut ditemui bersama ialah 130 buah patung kereta kuda, 529 buah patung kuda, 150 buah patung tentera berkuda, pegawai, ahli akrobatik, ahli politik dan ahli muzik yang kebanyakannya ditemui dalam lubang yang paling berdekatan dengan makam baginda.

Proses penghasilan patung Terracotta

Sejarah Patung Tentera Terracotta Yang Dibina Untuk ‘Menjaga’ Maharaja Qin Di Alam Barzakh 1

Sumber:

  1. Ahmad Faezal
  2. Wikipedia
  3. Sara D’Souza