Di Sebalik Tabir Video Muzik Kuasa Cintamu

Tukar Baju Hanya 11 Saat, Lihat Di Sebalik Tabir Video Muzik ‘Kuasa Cintamu’ Siti Nurhaliza

Lihat Di Sebalik Tabir Video Muzik ‘Kuasa Cintamu’

Selain berita pengumuman kehamilan kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam, buah hati Malaysia ini turut menghadiahkan video muzik rasmi lagu Kuasa Cintamu pada hari sama.

Difahamkan, muzik video yang baharu dilancarkan itu adalah ciptaannya sendiri bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow.

Lagu ini bukan sahaja memaparkan kisah perjalanan Siti sejak kecil malah turut menampilkan Aafiyah buat pertama kalinya di dalam mana-mana video muzik penyanyi ini.

Kisah Cintamu sarat dengan emosi yang bercerita tentang cinta yang bersifat universal. Penceritaan video muziknya pula menterjemah secara visual maksud di sebalik lirik lagu itu sendiri.

Di Sebalik Tabir Video Muzik Kuasa Cintamu
Sumber: YouTube

Apa yang lebih menarik mengenai video muzik ini, penggambaran dilakukan dalam satu urutan tanpa henti (one shot video) – Siti Nurhaliza harus menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja!

Babak rakaman di sebalik tabir Siti Nurhaliza dalam Kuasa Cintamu terbabit dikongsikan – beliau dan krew hanya mengambil masa selama 11 saat untuk menukar pakaian dan props.

Video berdurasi 52 saat itu menunjukkan adegan yang cukup mendebarkan – beberapa krew berlari meletakkan props baru ketika Siti sedang menyanyi sambil ditukarkan pakaian daripada persalinan warna kuning kepada warna merah.

“Teknik penggambaran sekali rakam ini, memerlukan perancangan yang rapi kerana ia dirakam dari perspektif satu kamera dalam satu masa dan ruang yang sama.

“Setiap butiran kecil melibatkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar penonton tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lensa kamera.

“Untuk mendapatkan shot sempurna, kami terpaksa melakukannya berulang kali,” kata Pengarah Video Muzik, Adriana Tunku.

Ramai kagum dengan teknik penggambaran yang dibuat dalam video muzik ini. Netizen melihatnya sukar untuk dilakukan tetapi bagi Siti Nurhaliza, tiada apa yang mustahil!

Sumber: Awani, Twitter