Individu Suka Bergaduh Di Media Sosial Ada Masalah Emosi 2

Individu Suka Bergaduh Di Media Sosial Sebenarnya Ada Masalah Emosi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang wajar diraikan. Namun kadangkala ada yang menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu punca tercetusnya pergaduhan yang membawa kepada perbuatan buli.

Dalam dunia internet yang bebas berkongsi apa sahaja, ramai yang bertelagah hanya kerana isu yang dinaikkan tidak kena dengan pendapat mereka.

Tahukah anda dalam satu kajian yang dilakukan Pusat Kajian Royal College of Surgeons, Ireland mendapati mereka yang suka bergaduh di media sosial mengalami masalah emosi?

Individu Suka Bergaduh Di Media Sosial Ada Masalah Emosi

Apabila berada dalam dunia internet, manusia akan mengalami masalah kekurangan deria kerana mereka akan membaca apa yang disampaikan dalam nada sendiri berbanding nada penulis.

Sekiranya berlaku perbalahan, tidak ramai yang akan berbalah dengan menggunakan fakta sebaliknya akan menambah pengalaman sendiri atau orang terdekat menjadikan ianya sebagai satu medium melepaskan emosi yang tersimpan.

BACA: Singapura Negara Dengan Capaian Internet Paling Laju Di Dunia

Dan ianya tidak sama pandangan dengan pandangan penulis yang turut sama menulis sama ada daripada sudut pandangan peribadi atau teori.

Menurut satu kajian dalam media sosial Weibo, China oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Beihang, internet telah mengubah cara manusia bekerja dan bersosial bukan sahaja daripada segi emosi dan pemikiran pengguna internet lebih cenderung untuk menjadi marah tiga kali ganda daripada biasa walaupun pada awalnya niat bertukar pendapat adalah baik.

Individu Suka Bergaduh Di Media Sosial Ada Masalah Emosi 1
Sumber: Keyboard Warriors MC

Daripada pergaduhan ini kemungkinan juga seseorang itu akan menghadapi troll personality – satu personaliti yang boleh memiliki sifat sama ada psikopati atau empati kognitif.

Cara untuk elakkan pergaduhan di internet ialah dengan berhenti menggunakan internet sekiranya anda berada dalam keadaan beremosi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadilah pengguna internet yang bijak.