
Bagaimana Orang Alah Pada Air Mandi?
Kalau alahan kepada makanan laut, mungkin anda sudah biasa dengar. Tapi bagaimana pula dengan alahan kepada air?
Tahukah anda, walaupun seorang individu dewasa yang tidak mengalami sebarang penyakit dan memiliki metabolisme normal akan terdiri daripada 60% air, alahan terhadap air adalah sesuatu yang benar-benar ada dalam masyarakat.
Alah pada air merupakan satu bentuk alahan yang jarang-jarang berlaku turut dikenali sebagai aquagenic urticaria menyebabkan tubuh penghidapnya menjadi gatal gatal dan kemerahan seakan ruam dan bintat di kawasan leher, lengan atau pun mana-mana kawasan badan.


Bagaimana orang alah pada air mandi?
Untuk pengetahuan anda, orang yang alah pada air terpaksa membataskan aktiviti pembersihan diri mereka termasuklah mandi dan mencuci tangan.
Mereka hanya mandi air sejuk paling lama lima minit dua kali seminggu dan kebiasaannya rata-rata daripada penghidapnya memberitahu mereka akan mandi selama dua minit sahaja.
Malah mereka terpaksa memotong rambut menjadi pendek supaya peluh yang terhasil tidak akan menyebabkan kegatalan pada kawasan tengkuk. Aktiviti harian juga dibataskan.

Daripada segi pemakanan pula, rata-ratanya akan mengelakkan daging dan produk bersusu supaya peluh yang dihasilkan tubuh mereka tidak berbau. Sekiranya terambil makanan yang berair, ada antara mereka yang boleh menyebabkan tekak membengkak teruk. Oleh itu, sayuran dan buahan yang tinggi kandungan air akan dielakkan.
Sehingga ke hari ini, penyebab kepada terjadinya alahan pada air masih lagi belum diketahui namun ada yang berspekulasi mengatakan ianya adalah disebabkan oleh klorin yang terkandung di dalam air.
Pakar dermatologi dari Hospital Universiti Utah, Douglas L. Powell secara teknikalnya ianya merupakan penyakit kulit dan bukannya alahan dan menyatakan tiada cara lain daripada ubatan untuk meredakan kesakitan, melainkan penghidap sebolehnya cuba menghindari daripada melakukan sentuhan dengan air.
Anggaran nisbah mereka yang terkena penyakit ini ialah satu dalam setiap 23 juta orang.
Trending now



