Ulasan Filem The Call 5

Ulasan Filem: The Call (2020)

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Untuk anda yang sedang mencari filem Korea yang mencabar keupayaan minda anda berfikir, kami sarankan supaya anda menonton filem terbaharu di Netflix berjudul The Call.

BACA: Ulasan Filem: The Invisible Man

Merupakan filem thriller fantasi yang berdasarkan filem The Caller (2011) mengenai dua wanita daripada garis masa berbeza yang dihubungkan dengan satu panggilan telefon tanpa wayar, filem ini kami gerenti bakal buat anda rasa sakit kepala mahu memahamkan plotnya, terutama di bahagian penamat.

Ulasan Filem The Call 1

Secara asasnya, filem ini mengisahkan mengenai Seo-Yoon (Park Shin-Hye) yang berada dalam zaman sekarang dan Young-Sook (Jun Jong-Seo) yang hidup di zaman lalu yang berhubung tanpa sengaja semasa Seo-Yoon pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang menghidap barah otak.

Semasa di sana, Seo-Yoon mendapat satu panggilan kecemasan daripada orang yang tidak dikenali.

Ulasan Filem The Call 2

Pada awalnya, beliau sangkakan ianya cumalah satu kesilapan namun apabila beberapa kali menerima panggilan sama, Seo-Yoon mula merungkaikan misteri berkenaan sehingga mambawa kepada penemuan sebuah bilik rahsia yang menempatkan diari milik Young-Sook.

Daripada situ, kedua wanita ini mula berkawan dan kehidupan Seo-Yoon di masa sekarang mula berubah selepas dibantu Young-Sook di masa lalu.

Namun kerana terleka dengan kehidupan baharunya sehingga mengabaikan Young-Sook, Young-Sook mula mengugut Seo-Yoon. Pada ketika inilah konflik bermula sehingga membawa kepada babak-babak yang tidak boleh anda langkau.

Ulasan Filem The Call 4

Pengakhiran cerita yang seakan tergantung menyebabkan ramai yang menonton rasa geram. Namun secara dasarnya pengarah seakan menyuruh penonton untuk berfikir sendiri kemungkinan yang berlaku dengan memaparkan beberapa klip penamat yang berbeza.

Kehebatan Park Shin-Hye dalam melakonkan sesuatu watak tidak lagi perlu dipertikaikan. Ditambah pula dengan lakonan psiko Jun Jong-Seo, filem ini seakan cukup untuk menarik penonton. Malah daripada segi sinematografi pun cukup memukau, kena dengan setiap babak yang dipertontonkan.

Tonton trailer filem The Call (2020) di bawah:

Rating The Call (2020): 4/5