Budak Terkejut Pesan 42 Rider Foodpanda

Budak Terkejut Pesan Hanya Satu Menu, Tapi 42 Rider FoodPanda Yang Sampai Depan Rumah

Pesan hanya satu menu, namun seramai 42 penghantar makanan yang tiba di depan rumah secara serentak.

Sedikit kecoh di sebuah kejiranan di Cebu, Filipina apabila seramai 42 penghantar makanan FoodPanda datang serentak selepas seorang kanak-kanak perempuan membuat pesanan makanannya menggunakan aplikasi penghantaran FoodPanda.

42 penghantar makanan FoodPanda turut terkejut apabila mendapati mereka terpaksa berbaris untuk menghantar satu pesanan hidangan filet ayam dan kentang goreng ke alamat rumah yang sama.

Memetik sumber Sunstar, satu jalan sempit di Barangay Mabolo dipenuhi dengan penghantar makanan FoodPanda kerana kesalahan membuat pesanan dalam sistem FoodPanda menyebabkan kanak-kanak itu menempah 42 makanan yang sama.

Gadis kecil yang berumur 7 tahun itu berada di rumah bersama neneknya. Kedua ibu bapanya berada di tempat kerja dan mereka meninggalkannya telefon pintar supaya anaknya dapat memesan makanan dalam talian untuk mereka berdua.

Salah seorang jiran, Dann Kayne Suarez mendedahkan sebenarnya kanak-kanak itu sudah biasa menggunakan aplikasi FoodPanda untuk memesan makanan.

Sebuah kejiranan di Filipina digemparkan dengan kehadiran 42 penunggang FoodPanda selepas seorang budak perempuan membuat pesanan makanannya menggunakan aplikasi penghantaran FoodPanda.

Namun, disebabkan capaian internet amat lemah ketika pesanan dibuat pada hari itu, dia mengesahkan menu pesanan berulang kali ketika aplikasi tersekat dan menyebabkan gangguan yang mana 42 pesanan dihantar.

Keadaan yang telah menyebabkan kekalutan dan kekeliruan ketika semua penunggang tiba serentak di jalan yang sempit dalam kejiranan itu. Dann merakamkan kejadian itu dan menceritakannya menerusi laman Facebooknya.

Budak Terkejut Pesan 42 Rider Foodpanda
Sumber: FB

Difahamkan, setiap bungkusan filet ayam mengandungi bersama nasi dan kentang goreng dengan harganya sekitar RM16 setiap satu. Kanak-kanak itu menjadi terkejut kerana perlu membayar berjumlah RM672 untuk kesemua pesanan yang tak disengajakan itu.

Bagaimanapun, ibu bapanya hanya meninggalkan wang yang cukup untuk satu set hidangan filet ayam membuatkan kanak-kanak itu berasa takut dan terus menangis.

Namun, jiran-jiran telah menyelamatkannya dengan membeli set filet ayam itu untuk mereka sendiri dan membayar terus kepada penghantar makanan.

Begitu juga dengan Dann yang memuat naik gambar kotak-kotak filet ayam yang dibelinya dan mereka semua berpesta makan filet ayam pada hari itu.

Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.

BACA: Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur

Sumber: SunStar