vaksin COVID-19

Siapa Yang Akan Terima Vaksin COVID-19 Secara Percuma Di Malaysia?

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

BACA: Pasangan Saintis Muslim Ini Jadi Jutawan Selepas Hasilkan Vaksin COVID-19 Dengan 90% Keberkesanan

Selepas perjanjian dimuktamadkan pada 24 November lepas, dos yang diberikan sebanyak 12.8 juta itu dikatakan mampu diedarkan secara percuma kepada 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun hadapan (2021) meliputi 20% daripada jumlah keseluruhan rakyat yang ada.

Dalam masa yang sama, kerajaan menjelaskan mereka tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin tersebut kepada semua rakyat Malaysia kerana pengambilannya hanya diberikan kepada mereka yang bersukarela terutamanya golongan berisiko dan mudah menghadapi penyakit.

Sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin itu turut mendedahkan data kajian terbaharu kajian syarikat penyelidikan global berpangkalan di United Kingdom, YouGoc mendapati 82% rakyat Malaysia bersedia untuk divaksin.

Siapa yang akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma di Malaysia?

  • Rakyat Malaysia yang bersukarela
  • Golongan berisiko
  • Mudah menghidap penyakit

Rakyat asing: Akan dikenakan caj mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KKM Gagal Lindungi Petugas Kesihatan

Kriteria pemilihan vaksin COVID-19 oleh KKM 

  • Vaksin berkualiti tinggi
  • Selamat digunakan
  • Hasil keberkesanan berdasarkan ujian klinikal
  • Harga dan kos sampingan – keperluan peralatan, bahan pakai buang

Sebelum ini, Pfizer Inc mengatakan bahawa eksperimen vaksin COVID-19 telah mencapai keberkesanan lebih daripada 90% berdasarkan data awal mereka.

Pfizer dan BioNTech SE dari Jerman merupakan pengeluar bahan kesihatan pertama yang berjaya menunjukkan data daripada percubaan klinikal berskala besar yang menghasilkan vaksin koronavirus.

BACA: Pfizer, BioNTech Dakwa Vaksin COVID-19 Mereka 90% Berkesan

Walaupun tidak menghuraikan dengan tepat berapa banyak antara peserta tersebut yang telah jatuh sakit menerima vaksin.

Namun, lebih dari 90% keberkesanan menunjukkan bahawa tidak lebih 8 orang daripada 94 orang yang menghidapi COVID-19 telah diberi vaksin, yang diberikan dalam dua tembakan sekitar tiga minggu.