Tourette Sindrom Kesedaran Malaysia

‘Tak Tau Pula Rakyat Malaysia Ada…’ – Perkongsian Gadis Tentang Sindrom Tourette Buka Mata Masyarakat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Ingatkan memang tabiat dia buat bunyi macam tu.”

Pernahkan anda melihat seseorang yang mana pergerakannya seperti mata berkelip-kelip, sesekali mendengus dengan bunyi yang mengganggu?

Mereka yang berkelakuan sebegitu sebenarnya menghidap penyakit sindrom tourette atau singkatannya tic. Ia berbeza dengan melatah yang mana penghidap tourette akan melakukan pergerakan berulang seperti ekolalia.

Ia disebabkan ada kecacatan dalam bahagian otak, bagaimanapun keadaan itu tidak dilihat dalam kalangan orang melatah.

Biasanya mereka yang menghadapi sindrom tourette ini dapat dikesan pada usia 2-15 tahun dan terjadi lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Persatuan Tourette Amerika menganggarkan bahawa 1 dari 100 kanak-kanak bersekolah menghidapi sindrom tourette atau gangguan tic.

Oleh sebab tahap keterukan sindrom tourette berbeza-beza, dari tic yang hampir tidak kelihatan sehingga ke tic yang boleh memalukan dan menyakitkan, rawatan adalah berbeza bagi setiap individu.

Kesedaran tentang sindrom tourette ini meluas di luar negara terutama di belah Barat namun amat jarang diketahui di Malaysia.

Namun, tiba-tiba kesedaran terhadap sindrom ini meningkat dalam kalangan masyarakat apabila salah seorang penghidapnya yang dikenali sebagai Dayang Alani sering membuat video TikTok tentang sindrom tourette.

Menurut sumber, Alani dikatakan telah menghidapi tic semenjak dia berusia 10 tahun dan sehingga kini dia masih lagi tidak dapat mengawal perkara tersebut.

Rata-rata netizen membanjiri komen dengan memberi tanda sokongan kepadanya untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai kerana ada sesetengah yang menganggap mereka yang mengalami tic ini hanya berlakon semata-mata.

https://twitter.com/nii_yama/status/1331781197786095616

Katanya, tic akan menyerang apabila dia berada dalam keadaan gementar dan tanpa sengaja akan membuatkan dia mencarut tanpa disedari.

Sesetengah pesakit tourette dapat mengawal tindakan mereka apabila memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara.

Sindrom Tourette dan beberapa gejala seperti:

Pergerakan ringkas

Penggerakan
– mata berkelip, kepala tersengguk, bahu terangkat, bermasam wajah, hidung berkeringat.

Vokal – batuk kerongkong, bunyi menggonggong, menjerit, mendengus, menelan air liur, membau, mebunyikan lidah.

Pergerakan rumit

Motor – melompat, menyentuh orang lain dan benda, berpusing, pergerakan berulang torso atau anggota badan, menarik pakaian dan tindakan mencederakan diri termasuk memukul atau menggigit diri sendiri.

Vokal – perkataan atau frasa yang diucapkan , coprolalia (ucapan yang tidak boleh dikawal, yang tidak wajar atau perkataan lucah), ekolia (mengulangi bunyi, perkataan atau frasa yang baru saja didengar) atau palilalia (mengulangi perkataan dari seseorang).

Antara selebriti terkenal yang menghadapi sindrom ini termasuklah Billie Eilish, David Beckham dan Dan Aykroyd.

Anda juga boleh menonton filem Hichki lakonan Rani Mukerji mengenai seorang wanita menghidap sindrom tourette namun tidak patah semangat untuk menggapai cita-citanya sebagai guru.

Tourette Sindrom Kesedaran Malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyatakan sokongan terhadap penghidap sindrom ini, boleh melalui laman Facebook persatuan seperti Tourette Syndrome Awareness Malaysia atau dengan merujuk kepada hospital berdekatan.

Sumber: Ceria Sihat, Tics and Tourette Syndrome Malaysia Support Group