Nama Asal Bangkok Panjang

Pelancong Hanya Kenal ‘Bangkok’, Ini Nama Asal Dan Makna Sebenar Ibu Kota Thailand

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa yang tidak kenal Bangkok? Ibu kota Thailand ini merupakan salah satu destinasi menarik yang wajib bagi mereka yang gemar travel untuk mencari makanan.

Bangkok sering menjadi destinasi pelancongan para pengunjung seluruh dunia kerana hampir mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan.

Spa bertaraf dunia, pusat membeli-belah yang gah, pasar malam yang sangat besar dan semua tarikan yang terdapat di Bangkok menjadi kepuasan pelancongan yang maksima.

Kedudukan bandar ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya. Bangkok juga merupakan salah satu kota yang berkembang pesar dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara.

Sebut sahaja Bangkok, pelancong asing pasti terbayang dengan suasana persekitarannya, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Namun, tahukah anda Bangkok hanya kata nama yang digunakan oleh pelancong sahaja?

Selepas kerajaan Ayutthaya memerintah negara ini memiliki hubunga besar oleh beberapa negara besar termasuk negara besar Eropah.

Pada ketika itu, Thailand adalah salah satunya negara Asia yang tidak dijajah oleh mana-mana kuasa besar.

Jatuhnya kerajaan Ayutthaya merupakan pukulan terbesar bagi rakyat Thailand. Namun, tidak lama kemudian, Raja Taksin mendirikan ibu kotanya sendiri di Thong Buri, tidak lama kemudian Raja pertama dari Dinasti Chakri yang berkuasa sampai hari ini iaitu Bangkok.

Menurut sumber tempatan, nama Bangkok berasal dari Bang Makok. Bang sebutan dalam bahasa Thailand bagian Tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama dalam bahasa Thailand untuk Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus (tanaman yang menghasilkan buah seperti buah zaitun).

Ada juga yang mengatakan berasal dari perkataan Bang Koh. Koh bererti ‘pulau’, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.

Nama asal Bangkok

Penduduk tempatan tidak menyebut nama Bangkok, tetapi lebih gemar menggunakan perkataan Thailand iaitu Krung Thep Maha Nakhon atau Krung Thep yang membawa maksud ‘City of Angels’.

Nama Asal Bangkok Panjang

Bagaimanapun, Krung Thep itu sebenarnya versi ringkas daripada nama asalnya:

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit

yang membawa maksud:

“Bandar para malaikat, bandar agung orang-orang kekal abadi, bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata berharga, takhta duli yang maha mulia raja, kota Istana Agung, singgahsana tuhan jelmaan, bandar dibina oleh Vishnukarn atas perintah Indra.”

Nama Asal Bangkok Panjang
Nama Penuh Bangkok

Nama asal Bangkok ini juga diiktiraf sebagai nama tempat paling panjang di dunia, iaitu dengan 168 huruf.

Oleh sebab terlalu panjang, nama tersebut dipendekkan kepada Krung Thep Maha Nakhon, yang kemudian dikurangkan ke Krung Thep, dan Bangkok adalah nama rasmi dalam bahasa Inggeris.

Amat unik sekali ya!

BACA: 5 Faktor Maha Vajiralongkorn Digelar Raja Paling Kaya Di Dunia

Sumber: Into-Asia