Lif Tertinggi Dunia Avatar 88 Saat

Bailong Elevator, Lif Tertinggi Di Dunia Bawa Ke Puncak Dalam 88 Saat

Lif Tertinggi Di Dunia Bawa Ke Puncak Dalam 88 Saat

China sering dikaitkan dengan membina atau mencipta sesuatu yang mustahil dicapai dek akal.

Kali ini, China menggemparkan dunia dengan berjaya membina sebuah lif luar bangunan tertinggi di dunia yang begitu mengagumkan.

Biasanya terdapat lif atau elevator di pusat membeli-belah atau bangunan yang cukup tinggi.

Lif membantu kita untuk mencapai tingkat paling tinggi di bangunan dengan cepat tanpa perlu menaiki tangga. Namun, pernahkah anda terfikir untuk menggunakan lif untuk naik ke puncak hutan?

Dengan ketinggian lebih dari 300 meter (1,000 kaki) menghadap tebing dan kawasan pergunungan yang diilhamkan daripada suasana dalam filem pecah panggung ‘Avatar, lif luar bangunan tertinggi di dunia ini mengalu-alukan pelancong yang berani untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Bertempat di Taman Hutan Zhangjiajie di China, lif ini bergerak dan tiba di tingkat paling atas hanya dalam 88 saat!

Dikenali sebagai Bailong Elevator, tarikan lif tertinggi di dunia di kawasan ini akan menggalakkan pelancongan domestik yang semakin pulih, susulan wabak COVID-19 yang mula reda di negara itu.

Nama Bailong itu sendiri dalam bahasa Mandarin diambil dari perkataan ‘bai’ yang bermaksud 100 dan ‘long’ yang bermaksud naga.

Lif Tertinggi Dunia Avatar 88 Saat

Ia membawa pelancong ke kawasan puncak yang diilhamkan dari rimba fiksyen Pandora, yang menjadi kediaman puak Na’vi, seperti yang terdapat dalam filem arahan James Cameron itu.

Lif ini mampu menampung sehingga 50 orang dan menjadi pengangkutan dengan kapasiti penumpang terbanyak di dunia.

BACA: Bangunan Setinggi 57 Tingkat Ini Dibina Hanya Dalam Masa 19 Hari

Sebelum diletakkan lif sebagai alat pengangkutan, hanya ada kereta kabel namun kapasiti terhad membuatkan pelancong harus menunggu lama.

Pengunjung juga boleh memilih untuk naik ke puncak dengan berjalan kaki yang mengambil masa tiga jam jika tidak mahu menggunakan lif.

Harga tiket untuk menggunakan lif tersebut ialah 129 yuan atau kira-kira RM80.

Sumber: CNN