
Indet Senabong: Pawang Handal Yang Berjaya Tumpaskan Buaya Dengan Penampar
Sebut sahaja nama Indet Senabong, hampir seluruh rakyat Sarawak mengenalinya.
Memburu sejak berusia 18 tahun atas cabaran rakannya, beliau merupakan pemburu buaya yang terkenal di Bumi Kenyalang. Kehebatan Indet memburu reptilia ganas ini memang masyur dan khidmatnya sentiasa diperlukan sekiranya berlaku serangan.

Hanya bersenjatakan tangan, mana-mana buaya yang pernah menyerang dan membaham manusia pasti jinak sebaik sahaja terkena tamparan berbisa beliau. Selepas dijampi, buaya yang ganas akan menjadi jinak dan tenang menyebabkan ia mudah diikat.
Kisah Indet memburu ratusan buaya pelbagai saiz dan spesis menjadi tular dan mendapat liputan media secara meluas termasuklah kejayaan dalam menumbangkan buaya Bujang Seblak sepanjang 3.7 meter dengan berat 200kg pada tahun 2012.
Menurut cerita yang disampaikan oleh penduduk kampung, Bujang Seblak yang membaham seorang wanita, Siah Munsong penghuni Rumah Panjang di Sungai Anak ditangkap selepas 14 hari. Yang menakjubkan Bujang Seblak maut selepas ditampar pawang sengan membaca mantera tertentu.
“Saya terpaksa menampar Bujang Seblak di bahagian kepala untuk membunuhnya serta-merta. Ia kerana Bujang Seblak cuba melawan selain memikirkan keselamatan kerana perahu yang saya naiki tidak dapat menampung beratnya.” – Indet Senabong
Berkongsi pengalamannya, kata Indet mana-mana buaya yang memakan atau menyerang manusia akan ditimpa balasan setimpal dengan perbuatan kejamnya. Dalam kepercayaan masyarakat Dayak, buaya tidak akan menyerang manusia sesuka hati kecuali individu berkenaan pernah memakan daging buaya.

Buaya akan cuba dielakkan daripada dibunuh kecuali sekiranya keluarga berkenaan pernah diserang buata. Dendam antara buaya dan manusia tidak akan berakhir selagi upacara miring tidak dilakukan bagi menghentikan pergaduhan.
Menjerat buaya dengan pancing berumpankan monyet, ayam, biawak, atau daging mentah lain, tali yang biasa digunakan Indet ialah rotan kerana ketahananya menahan regangan ketika ditarik kuat reptilia berkenaan apabila memasuki air atau berguling.
BACA: Penduduk Kampung Culik Buaya, Tuntut Wang Tebusan RM2,800
Nasihat Indet yang tidak pernah membunuh buaya sebarang kecuali sekiranya ia pernah menjamah daging manusia, bila berada di sungai jangan sesekali riak, bercakap besar dan bermulut celupar. Dalam menangkap buaya ada banyak pantang larangnya. Yang paling utama sabar, jangan ego dan celupar.
Kalau sebelum ini kerjayanya membawa Indet ke seluruh Sarawak dan Brunei, selepas kerajaan negeri melaksanakan Ordinan Hidupan Liar 1990, Indet hanya akan menangkap buaya sekiranya khidmatnya diperlukan sahaja.
Trending now



