Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 4

Tular Gambar Lori Kurier Terbakar Di Cheras Dipercayai Bawa Barang Jualan 11.11

Lori kurier terbakar?

Sejak semalam, beberapa keping gambar sebuah lori yang sudah terbakar dikongsikan secara meluas di media sosial.

Dalam perkongsian gambar di Facebook Kitty Goh semalam, kelihatan sebuah lori yang dipercayai lori penghantar barang mengalami kerosakan yang teruk – hampir hangus dijilat api kira-kira jam 2.45 petang hari sama.

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 1
Kredit: Kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 2
Kredit: kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras 3
Kredit: kitty Goh

 

Tular Gambar Lori Penghantar Barang Terbakar Di Cheras
Kredit: Kitty Goh

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di kawasan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Cheras ini tidak disedari ramai kerana ianya berlaku di bahagian pemunggahan barangan.

Sebelum ini, beberapa kejadian lori penghantar barangan pernah berlaku.

Antaranya pada Julai lalu, sebuah lori kurier daripada syarikat penghantaran Skynet dilaporkan terbakar sehingga menyebabkan hampir 80% daripada barang yang dibawa hangus terbakar.

Dalam satu sumber perbualan yang ditangkap layar menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu kejadian yang berlaku di Taman Selesa Jaya, Balakong, Kajang adalah berpunca daripada asid yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Anda yang sering sahaja berurusan dengan syarikat kurier nasional, Pos Laju pastu tahu tatacara untuk membuat penghantaran barang.

Jika selama ini anda mengisi nota konsainan secara manual, sekarang ini tidak perlu lagi dengan hanya perlu datang terus (walk-in) untuk mencetak sendiri nota konsainan di cawangan Pos Laju atau kiosk melalui aplikasi e-Nota Konsainan Pos Malaysia.

Untuk makluman, e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App.

Jadi, anda boleh membuat e-Nota Konsainan secara digital menggunakan aplikasi Pos Malaysia Mobile App di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pertama, anda perlu muat turun aplikasi Pos Malaysia melalui Play Store atau Apple Store. Aplikasi ini bukan sahaja boleh megisi borang e-Nota tetapi banyak lagi fungsi lain seperti fungsi track and trace, bayaran bil, send parcel dan lain-lain.

Ketahui lanjut: Cara Isi Borang Dalam Talian E-Nota Konsainan Melalui Aplikasi Pos Malaysia