Kabinet Kerajaan Bersifat Interim

Apa Yang Boleh Dijangka Sekiranya Berlaku Situasi ‘Government Shutdown’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apa akan berlaku dalam situasi government shutdown?

Seorang pakar perlembagaan daripada Universiti teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof mendedahkan sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tidak diluluskan, kerajaan tidak akan dapat berfungsi dan akan mengalami situasi governement shutdown.

BACA: Pembangkang Bakal Tolak Belanjawan 2021

Ini kerana tanpa kelulusan Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion, kerajaan tidak boleh menggunakan wang perbendaharaan negara untuk peruntukan perbelanjaan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan termasuklah membayar gaji 1.6 juta penjawat awam dan petugas barisan hadapan.

Government shutdown pernah berlaku di Amerika Syarikat semasa republik tersebut dibawah pentadbiran Donald Trump pada 2018/2019, dan keadaan dijangka menjadi lebih buruk sekiranya Malaysia berhadapan dengan situasi yang sama.

Apa Yang Boleh Dijangka Sekiranya Berlaku Situasi ‘Government Shutdown’
Sumber: CDN

Penutupan kerajaan adalah kerana kegagalan mendapatkan kata sepakat untuk belanjawan yang diperlukan untuk operasi kerajaan menyebabkan berlakunya pemberhentian sebahagian atau semua operasi oleh pemerintah.

Di Amerika Syarikat, situasi penutupan kerajaan sudah berlaku beberapa kali (18 kali) sejak tahun 1980 lagi dan yang paling terbaru adalah pada Disember 2019, situasi penutupan paling lama di bawah pentadbiran Donald Trump selepas Bill Clinton pada tahun 1995-1996, iaitu selama 35 hari.

Antara kesan governement shutdown di Amerika Syarikat:

  1. 800,000 pekerja kerajaan persekutuan terpaksa menjalani cuti wajib tanpa gaji
  2. Gaji anggota tentera dan pegawai utama dibayar tidak mengikut jadual.
  3. Penutupan taman nasional dan pejabat imigresen.
  4. Sekolah ditutup.
  5. Prasarana umum seperti proses kutipan sampah diberhentikan.

Apa akan berlaku jika government shutdown terjadi di Malaysia?

Menurut Dr Muhammad Fathi, kesan di Malaysia kemungkinan lebih buruk dari Amerika Syarikat kerana nisbah penjawat awam di Malaysia adalah tinggi berbanding populasi negara.

Apa Yang Boleh Dijangka Sekiranya Berlaku Situasi ‘Government Shutdown’ 1

Di Amerika Syarikat, sekolah dan hospital banyaknya buukan dibawah kerajaan. Jadi apabila kerajaan tidak berfungsi, kesannya tidaklah terlalu besar.

Manakala daripada segi keselamatan, pihak polis di Amerika Syarikat terletak di bawah bidang kuasa negeri dan bukannya kerajaan persekutuan.

Sebelum ini kami ada terangkan mengenai usul undi tidak percaya dari sudut pandang Perlembagaan Negara.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca: Apa Kesan Jika Negara Isytihar Darurat COVID-19?