
Bagaimana Jollibee Mampu ‘Takluk’ Pasaran Makanan Segera Di Filipina Berbanding McDonald’s?
Biarpun cawangan restoran makanan segera McDonald’s sudah menghampiri 40,000 di dunia, di Filipina ianya kurang menjadi perhatian rakyat negara tersebut. Sebaliknya, restoran makanan segera keluaran anak tempatan Filipina iaitu Jollibee yang mendapat tempat dan perhatian sejak dari ianya mula dibuka pada 1987 sehinggalah sekarang.
Walaupun McDonald’s memasuki pasaran Filipina, namun bilangan cawangan mereka hanya lebih kurang separuh daripada bilangan cawangan Jollibee.
Bermula hanya daripada sebuah gerai aiskrim ke sebuah restoran dengan beribu cawangan, banyak perkara yang boleh perniagaan lain contohu restoran yang diasaskan oleh jutawan, Tony Tak Caktiong ini.
Bagaimana Jollibee berjaya takluk pasaran makanan segera Filipina?
1. Jauh lebih murah
Jollibee menawarkan harga jauh lebih rendah daripada rangkaian restoran segera yang lain. Malah perbezaan ini dapat dilihat sejak mula-mula McDonald’s memasuki pasaran Filipina lagi.
BACA: Bagaimana Seorang Bekas Pekerja Kilang Mampu Bergelar Jutawan Hanya Dengan Buka ‘Kedai Runcit’
Sebagai contoh, harga sebiji burger ala carte di Jollibee paling murah adalah 33 peso (RM2.82) manakala harga sebiji burger di McDonald’s pula yang paling murah ditawarkan adalah 46 peso (RM3.93) – mahal 13 peso (RM1.11) daripada sebiji burger yang boleh didapati di Jollibee.
2. Cita rasa rakyat tempatan
Kekuatan Jollibee adalah mereka bijak menarik pelanggan dengan memenuhi cita rasa tempatan. Walaupun sebilangan orang FIlipina menyukai makanan barat, namun sebenarnya hidangan mereka rasanya lebih manis.
Sebagai contoh, sekiranya McDonald;s menawarkan menu spagethi dengan sos tomato biasa, Jollibee akan menawarkan menu yang sama namun pada sos tomatonya akan ada sedikit perbezaan iaitu rasanya jauh lebih manis.
3. Tagline
Selain daripada bijak menggunakan cita rasa tempatan, Jollibee juga bijak menggunakan tagline yang mampu menarik pelanggan mereka untuk ‘melihat’ menu.
Tagline ‘Langhap-Sarap’ yang membawa maksud berbau sangat sedap seakan menarik pelanggan untuk datang dan mengambil bau seterusnya membeli produk mereka.
4. Golongan sasaran
Di Filipina, masalah kemiskinan bukanlah sesuatu yang baru. Malah di bandar Manila sendiri adanya kawasan setinggan terbesar yang didiami oleh 200,000 orang kanak-kanak. Belum lagi dicampur bilangan orang dewasa di sana.
Cakna dengan isu tersebut yang mana sebahagian besar rakyatnya berpendapatan rendah, Jollibee menyasarkan harga hidangan mereka bersesuaian dengan pendapatan kumpulan ini.
5. Budaya
Menggunakan maskot lebah kuning dan merah lengkap dengan seragam blazer serta topi cef, Jollibee secara tidak langsung memberi lambang kepada semangat rakyat Filipina yang sentiasa sibuk namun tetap ceria.
Mengorientasikan konsep kekeluargaan, nilai-nilai budaya ini sentiasa dimasukkan ke dalam ikaln-iklan mereka .
Di Filipina sahaja, restoran makanan segera, Jollibee sudah mempunyai lebih daripada 1,300 buah cawangan dan sebanyak 234 buah di luar negara.
Pada akhir Februari 2019, Jollibee dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan 100 buah cawangan termasuklah di Sabah dan Sarawak. Yang menariknya, kesemua cawangan di Malaysia memiliki status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Trending now



