
3 Smart TV Bagus Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Bajet RM500
Dalam zaman serba serbi guna teknologi ini, makin ramai yang mencari smart television atau smart TV bagi menggantikan televisyen lama mereka. Tapi ada ke smart TV yang dijual dengan harga bajet, macam serendah RM500?
Dengan smart TV, semua jenis hiburan yang biasanya dilayari di komputer atau telefon kini sudah boleh dilayari di televisyen sahaja.
BACA: 5 Android TV Box Berbaloi Dengan Harga Mampu Milik
Semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, ramai sebenarnya yang masih struggle simpan duit untuk dapatkan smart TV idaman mereka.
Sempena promosi Shopee 11.11 esok, kami ada beberapa cadangan smart TV yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli. Yang penting, tahan lasak dan masih dalam lingkungan bajet sekitar RM500.
1. Xiaomi Mi TV 32” Smart TV – RM589
Bermula dengan jenama telefon pintar bajet, Xiaomi kini hadir dengan pelbagai barangan kelengkapan rumah dengan harga bajet.
Untuk anda yang mencari smart TV yang ‘berjenama’ tetapi masih lagi murah, Xiaomi Mi TV 32” Smart TV ini boleh anda dapatkan semasa promosi Shopee 11.11.
Mempunyai tiga varian iaitu Mi TV 4A, Mi TV 4S dan Mi Smart TV, harga jualan adalah serendah RM589 untuk saiz 32 inci.
Jika bajet anda ngam-ngam RM500, anda boleh beli Weyon Smart TV yang dijual dengan harga serendah RM549 untuk saiz 32 inci. Jenama Weyon antara yang terkenal dalam menawarkan smart TV yang sesuai untuk mereka yang mempunyai tight budget.
Review Weyon Smart TV boleh anda tonton di pautan bawah:
3. Sakura Smart TV 32” – RM539
Smart TV ketiga yang boleh anda pertimbangkan dengan harga bajet RM500 adalah Sakura Smart TV 32” yang dijual dengan harga bermula RM539 sahaja.
Dengan resolusi 1366*768P, rasanya smart TV ini antara yang berbaloi daripada smart TV yang lain.
Untuk harga tawaran lebih berbaloi, anda boleh dapatkan pada tengah malam 11.11 antara 12am hingga 2am bersama baucar-baucar diskaun hebat daripada Shopee.
Trending now



