
Lebih RM30 Juta Dana Filem Diseleweng Sejak 2015 Punca Lambakan Filem ‘Sampah’?
Semalam, Malaysia digemparkan dengan pendedahan lebih RM30 juta dana kerajaan diseleweng oleh segelintir pemain industri sejak 2015. Adakah ini jadi punca lambakan filem sampah yang ada?
BACA: 5 Filem Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Anda Tak Senang Duduk
Dana Kandungan Digital (DKD) yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015 itu pada awalnya disalurkan kerajaan kepada pemain industri sebagai penggerak untuk mereka menghasilkan filem-filem bertemakan kenegaraan.
Mereka menuduh aku ‘BANGSAT’ industri perfileman, habis tu 44 JAHANAM ini patut digelar apa?
Kami tuntut @finasmalaysia keluarkan senarai nama 44 syarikat tersebut secara public, rakyat perlu tahu.
Posted by ZHAFVLOG on Saturday, 7 November 2020
Namun, 44 buah syarikat yang terlibat gagal menyiapkan filem seperti yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Susulan itu, perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menggesa 44 buah syarikat tersebut memulangkan semula dana tersebut.
Bagi penerbit, Datuk A Aida, tindakan penyelewengan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana hanya merugikan industri dan menyebabkan syarikat produksi yang lebih layak tidak mendapat peluang.
Istilah ‘filem sampah’ semakin hari semakin kerap meniti di bibir rakyat tempatan. Ini kerana ramai yang merasakan semakin hari, filem tempatan sudah hilang nilainya yang bertujuan untuk mendidik dan menghiburkan masyarakat.
Drama cinta antara dua darjat, drama kawin paksa dan sebagainya yang dilabel sebagai ‘sampah’ ini turut beberapa kali menerima reaksi yang sama daripada beberapa orang pelakon tanah air.

Sebagai contoh, pada tahun 2018, pelakon, Aiman Hakim Redza pernah bersuara menyatakan kekesalan kerana drama Melayu tidak mempunyai skrip yang kuat dan cliche. Namun beliau tidak menyebut mengenai ‘sampah’.
Malah seorang pelakon hebat, Amerul Affendi pernah beberapa kali mendedahkan beliau ‘ditolak’ daripada diberikan peluang berlakon hanya kerana pengikutnya di laman media sosial tidak mencecah lebih 500,000 orang.
IG baru ada 100k followers.
Maknanya lambat lagi lah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.
Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu berdosa?
Jadi apa patut saya buat? 🙇🏽♂️🤷🏽♂️ pic.twitter.com/F9dZfUYZYR
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) July 24, 2020
Dalam satu temu bual bersama pengarah, Namron dalam saluran YouTube Channel Tok Ayah, kedua-duanya ada mengupas isu ini berlaku dari sudut pandang seorang pelakon dan penerbit filem.
Anda boleh tonton video penuh di pautan bawah.
Trending now



