Belanjawan 2021

Ganjaran Lumayan Menanti Penyalur Maklumat Kegiatan Jenayah – Kerajaan

Ganjaran lumayan menanti penyalur maklumat kegiatan jenayah oleh kerajaan.

Banyak perkara menarik yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain daripada peruntukan sebanyak RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), antara yang mendapat perhatian adalah ganjaran yang ditawarkan kepada mereka yang menjadi penyalur maklumat mengenai salah laku jenayah di Malaysia.

Beliau kemudiannya memberi contoh isu pencemaran sungai di Selangor yang menyebabkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terpaksa berdepan dengan kesukaran dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

belanjawan 2021 2

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 1 bermula Januari 2021 selama 12 bulan.

BACA: Kerajaan Benarkan Pencarum Keluar RM500 Sebulan Dari Akaun 1 Bermula Januari 2021

Ianya adalah bertujuan untuk membantu dalam meringankan bebab pencarum yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.

Terdahulu, Belanjawan 2021 bakal diumumkan pada 6 November 2020 pukul 3 petang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walaupun berlaku pelbagai spekulasi politik yang melanda negara, dijangka ahli kabinet bakal menyokong pelan belanjawan kali ini atas nasihat Yang Dipertuan Agong.

Menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan tahun lalu, sektor pendidikan menerima peruntukan yang tinggi berbanding sektor lain.

Namun, melihat kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda mahu reda, sektor kesihatan dan keselamatan dijangka diberi tumpuan utama dalam Belanjawan 2021.

Keutamaan kini ialah terhadap tenaga kerja, peralatan kesihatan dan kemudahan perubatan lain. Negara juga sedang merancang untuk mendapatkan vaksin COVID-19 daripada luar negara.

Menurut One News, Belanjawan 2018 menyaksikan peruntukan RM26.5 disalurkan kepada sektor kesihatan negara.

Jumlah berkenaan meningkat sebanyak RM2.5 bilion kepada RM29 bilion dalam Belanjawan 2019.

Antara sektor lain yang dijangka bakal dipacu pada Belanjawan 2021 adalah sektor teknologi dan pembinaan, Ini adalah untuk memastikan negara bersedia dengan situasi kerja ‘Work From Home’ serta ingin menambah kepesatan ekonomi rakyat.