
Top Glove, Hartalega, Supermax, Kossan Sumbang RM400 Juta Perangi COVID-19
Belanjawan 2021 telah dibentangkan pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz. Antara perkara yang diketangahkan adalah pastinya mengenai insiatif kerajaan untuk membantu rakyat menangani isu COVID-19.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 tadi, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul telah mengumumkan bahawa empat syarikat sarung tangan utama iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax, dan Kossan telah menyatakan komitmen untuk untuk menyumbang RM400 juta untuk memerangi COVID-19 termasuk menampung sebahagian kos vaksin COVID-19 dan kos perbelanjaan peralatan kesihatan.
Pihak kerajaan amat menghargai komitmen empat syarikat swasta ini yang sama-sama menyumbang membasmi penularan COVID-19.
BACA: WHO Iktiraf Muhyiddin Yassin Sebagai Pemimpin Negara Paling Berjaya Kawal Penularan COVID-19
Trending now



