lkl at

LKL International Capai Persetujuan Perjanjian Pengedaran Bersama AT Glove Engineering

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

LKL International Berhad (LKL) di bawah anak syarikatnya LKL Advance Metaltech Sdn Bhd (LKLAM) mencapai persetujuan pengedaran sarung tangan getah asli dan sarung tangan nitril milik AT Glove Engineering Sdn Bhd (ATGE) pada 6 November 2020.

lkl at

Perniagaan utama ATGE adalah pembuatan dan penjualan sarung tangan termasuk sarung tangan perubatan, syarikat pelaburan, penyediaan reka bentuk, kejuruteraan teknologi, fabrikasi serta pemasangan mesin untuk pembuatan sarung tangan dan produk berkaitan getah yang lain.

LKLAM akan dilantik sebagai pengedar ATGE dengan hak bukan eksklusif untuk memasarkan, menjual dan mengedarkan produk ATGE ke seluruh dunia.

ATGE memberi LKLAM hak bebas royalti, eksklusif, yang boleh dipindah milik untuk menggunakan nama dagangan ATGE dan tanda dagang semata-mata berkaitan dengan pengiklanan dan promosi LKLAM mengenai produk ATGE dan hanya untuk tujuan mengedar, memasarkan dan menjual produk ATGE.

Sumber: Bursa Malaysia

BACA: Bermula Dengan Kedai Kecil Perkakasan Rumah, Kini MR D.I.Y Dalam Pasaran Bursa Malaysia