
Kajian Dapati Ramai Anak Muda Umur 25 Tahun Ke Bawah Muflis Kerana Terikat Dengan 5 Faktor Ini
Ramai Anak Muda Umur 25 Tahun Ke Bawah Muflis Kerana Terikat Dengan 5 Faktor Ini
Percaya atau tidak, di Malaysia wujud individu yang berusia 18 tahun diisytiharkan muflis. Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun 2018.
Memetik sumber Sinar Harian, Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir yang berkongsi semasa Wacana Al-Quran Siri 8 oleh kumpulan Kraftangan yang bertajuk ‘Kemuflisan pada Zaman Muda’ berkata terdapat lima faktor yang digelar ‘pinjaman lima serangkai’ menyebabkan ramai golongan ini muflis di usia muda.
85,000 orang yang muflis ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah
Katanya, berdasarkan statistik dari tahun 2015 hingga 2019 juga menunjukkan 85,000 orang yang dimufliskan ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah. Ia berdasarkan atas lima faktor itu apabila digabungkan amat mudah untuk memufliskan seseorang terutama anak muda.
Lima faktor yang juga disebut sebagai pinjaman lima serangkai iaitu pinjaman peribadi, pendidikan, kereta, rumah serta kad kredit.
Aantara sebab kemuflisan golongan muda ini adalah kerana banyak orang muda dijamin sebagai penjamin pinjaman kenderaan ibu bapa mereka dan ada juga kumpulan anak muda yang muflis kerana mereka ingin mengikut trend, mempunyai lebih daripada satu kad kredit.
Paling mengejutkan apabila Malaysia telah mencapai tahap yang mana 11 juta orang telah dikenal pasti memiliki kad kredit dan generasi muda berusia 25 tahun ke bawah sekurang-kurangnya mempunyai lima kad kredit mereka sendiri.
Membandingkan pada tahun 80-an hinggan 90-an, sangat sukar untuk melihat orang yang berusia di bawah 40 tahun dimufliskan. Namun, pada hari ini mereka yang muflis sangat ramai dan mencecah ke 600 orang termasuk yang berusia bawah 44 tahun.
Lebih menyedihkan, mereka yang muflis itu kebanyakannya daripada kaum Melayu dan jumlah itu amat luar biasa. Ini menunjukkan ramai anak muda Malaysia masih terjebak dalam gaya hidup mewah walaupun tidak mempunyai pendapatan untuknya.
Hakikatnya, tidak kira membabitkan kadar jumlah muflis atau usia, kedua-dua angka itu membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan negatif bukan saja terhadap aspek sosiomasyarakat, malah berpotensi merencatkan pertumbuhan ekonomi makro dalam jangka panjang.
Trending now



