Tradisi Aneh Dan Berbahaya Di Seluruh Dunia

3 Tradisi Aneh Dan Berbahaya Sambut Kelahiran Bayi Di Seluruh Dunia

Tradisi Aneh Dan Berbahaya Sambut Kelahiran Bayi Di Seluruh Dunia

Bagi setiap suku kaum atau agama, pasti akan ada adat dan tradisi yang unik. Adat dan tradisi ini yang membezakan antara satu kaum atau agama dengan yang lain.

Bagi kebanyakan ibu bapa, anak adalah anugerah terindah yang hadir ke dunia untuk melengkapi kehidupan. Semua ibu bapa pasti menginginkan bayi mereka lahir dengan selamat dan sihat.

Segala cara dilakukan agar anak mereka cukup keperluan nutrisi. Bagaimanapun, sebilangan ibu bapa di beberapa tempat di dunia mencari cara lain untuk memastikan bayi mereka diberkati dan sihat.

Ini merupakan tiga tradisi atau upacara aneh dah dianggap berbahaya untuk keselamatan bayi tetapi masih diteruskan hingga sekarang.

1. Melompat bayi

Tradisi Aneh Dan Berbahaya Di Seluruh Dunia

Di Castrillo de Murcia, utara Sepanyol yang mana ibu bapa di situ membaringkan bayi mereka di atas tilam untuk dilompat dalam Festival Salto del Colacho.

Setiap bayi yang melalui upacara ini akan dipakaikan pakaian cantik mengikut jantina.
Bayi-bayi akan diarak terlebih dahulu disepanjang jalan menuju ke lokasi upacara sambil diiringi paluan gendang dan alunan muzik tradisional.

Si pelompat pula akan memakai kostum melambangkan syaitan yang digelar El Colacho akan melompat melepasi sekumpulan bayi.

Festival Salto del Colacho telah diraikan sejak tahun 1621 itu, dipercayai dapat menyingkirkan unsur jahat daripada bayi. Ia adalah pertarungan antara kebaikan dan kejahatan yang dipercayai akan memberikan kehidupan lebih baik kepada bayi tersebut.

Acara itu juga dipercayai dapat membersihkan dosa asal bayi-bayi tersebut kerana orang Kristian percaya, semua manusia menerima akibat buruk ekoran Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan ketika di syurga.

Selepas Colacho melakukan lompatan, bayi-bayi akan ditabur dengan kelopak bunga mawar dan diberkati oleh paderi sebelum ibu bapa masing-masing mengambil semula anak mereka.

Sejak berabad perayaan itu diraikan, tidak ada sebarang kecederaan direkodkan dalam kalangan bayi, tetapi ia bukan jaminan bahawa festival itu selamat sebaliknya ia merupakan perayaan yang paling berisiko di dunia.

2. Pertandingan bayi menangis

Tradisi Aneh Dan Berbahaya Di Seluruh Dunia

Upacara yang dikenali sebagai Naki Sumo iaitu pertandingan bayi menangis terbesar di Jepun yang diadakan setiap tahun.

Berdasarkan kepada sejarah festival ini, ia merupakan sebahagian daripada tradisi lama yang mula dipertandingkan oleh masyarakat Jepun sejak ratusan tahun dahulu.

Sewaktu pertandingan dijalankan, festival akan diketuai oleh seorang pendeta yang turut bertanggungjawab sebagai pengadil utama dalam pertandingan itu. Selain itu, ia juga menggunakan khidmat beberapa ratus orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli gusti Sumo.

Berdasarkan syarat dan peraturan pertandingan, ia adalah satu acara yang cukup mudah dan ringkas. Ahli Sumo terlebih dahulu memangku dan cuba untuk membuatkan peserta (bayi) menangis sebelum pertandingan berlangsung.

Kemudian, penganjur akan memilih dua orang bayi yang dipangku oleh sukarelawan tertentu memasuki sebuah gelanggang khas dengan berhadapan antara satu sama lain.

Pengadil akan memilih peserta yang mengeluarkan tangisan paling kuat dan paling lama sebagai juara pertandingan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, tangisan kuat dapat membantu mempercepatkan tumbesaran bayi.

Selain itu, mereka juga percaya bayi yang menangis dapat menghapuskan segala semangat jahat dalam kehidupan manusia. Mereka juga yakin ritual ini dapat menyucikan diri daripada dosa-dosa yang lalu dan memberikan nasib yang baik.

3. Meludah bayi

Tradisi Aneh Dan Berbahaya Di Seluruh Dunia

Merupakan tradisi aneh di Bulgaria. Bayi-bayi yang sangat comel ini akan dilahirkan sebagai bentuk tradisi keselamatan.

Menurut cerita rakyat Bulgaria, roh jahat akan mencuri apa sahaja yang mereka anggap paling berharga atau paling dikagumi, termasuk bayi yang baru lahir.

Oleh itu, orang tempatan akan memuntahkan bayi sehingga syaitan tidak dapat mengambil barang yang mereka kagumi.

Ada satu lagi upacara aneh iaitu campak bayi dari ketinggian 50 kaki. Ritual kejam di India itu dipercayai membawa tuah kepada pengamal upacara sebagai persembahan kepada Tuhan untuk mengabulkan doa mereka.

Bagaimanapaun, upacara itu telah dihentikan dan diharamkan di bawah Undang-Undang Hak Kanak-Kanak selepas diketahui kerana membawa kesan buruk kepada fizikal dan mental bayi.