Amarjeet Sada Pembunuh Bersiri Termuda Dunia

Bunuh Sejak Usia 7 Tahun, Amarjeet Sada Digelar Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Amarjeet Sada Digelar Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia.

Bagi kanak-kanak biasa, masa sering dihabiskan dengan bermain yang mengasah tumbesaran mereka bersama rakan-rakan dan sebagainya.

Namun, berbeza bagi seorang kanak-kanak lelaki dari India, telah ‘mencipta sejarah’ apabila menjadi pembunuh bersiri termuda di dunia.

Dikenali sebagai Amarjeet Sada, kanak-kanak ini dilahirkan pada 1998, berasal dari daerah Begusaray di Bihar, India. Keluarganya merupakan orang miskin, yang mana bapanya hanya bekerja sebagai buruh.

Amarjeet mula membunuh buat pertama kali ketika berusia tujuh tahun, yang mana mangsanya adalah sepupu perempuan berusia enam tahun.

Manakala kejadian lain, ibu Amarjeet meninggalkan adiknya yang berusia lapan bulan di sekolah tempatnya mengajar dan telah melaporkan kepada pihak polis apabila menyedari bahawa anaknya itu telah hilang.

Pihak polis kemudiannya menemui mayat bayi tersebut berhampiran kampung Musahari. Amarjeet mengakui bahawa dia adalah individu yang membunuh adik kandungnya dengan mencekik.

Tak cukup dengan itu, Amarjeet menjadikan pembunuhan ini lebih ngeri dengan menghempuk kepala adiknya menggunakan batu yang besar sehingga hancur.

Sebenarnya, sebahagian ahli keluarga Amarjeet dan beberapa penduduk kampung mengetahui kegiatan jenayah yang dilakukan kanak-kanak itu.

Amarjeet Sada Pembunuh Bersiri Termuda Dunia
Sumber: Onmanorama

Bagaimanapun, mereka hanya menganggapnya sebagai ‘isu keluarga’ lalu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Keluarga mereka menyembunyikan perbuatan Amarjeet, sehinggalah dia melakukan jenayah itu dengan membunuh mangsa ketiga yang merupakan anak kepada jirannya yang berusia enam bulan.

Pembunuhan ketiga itu, barulah dilaporkan kepada polis. Pihak polis berkata, kes kanak-kanak itu berkaitan kes psikiatri dan pakar menilai kesihatan mentalnya didapati Amarjeet menghidap ‘kelainan tingkah laku’ (conduct disorder).

Kelainan tingkah laku merupakan corak masalah emosi dan tingkah laku yang berterusan, yang mana kanak-kanak boleh marah, agresif atau ganas.

Ketika ditanya mengapa Amarjeet membunuh, dia tersenyum dan meminta biskut kerana lapar. Ibu bapanya mendakwa Amarjeet tidak faham bahawa dia tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah.

Amarjeet ditempatkan di sebuah pusat reman di bandar Munger. Dibawah undang-undang India, seorang kanak-kanak tidak boleh dihukum mati atau penjara, tetapi dihantar di penjara juvana sehingga mereka berusia 18 tahun.

Tiada liputan media tentangnya lagi. Dia mungkin telah dibebaskan (usianya telah menjangkau 22 tahun) atau mulakan kehidupan baharu yang kita tidak ketahui dengan nama lain.

Sumber: Daily Star, Onmanorama